Isteri Malukan Suami Curang Dengan Papan Iklan
ENGLAND - Seorang wanita yang dikenali sebagai Lisa bertindak memalukan suami yang curang dengan memberikan ucapan 'khas' untuknya di sebuah papan iklan di Sheffield, di sini.
Laporan dari CNN menyebut tindakan dari Lisa itu sangat efektif kerana memilih papan iklan yang berada di tepi lebuhraya yang sibuk.
Di papan iklan itu, Lisa menulis : "Kepada suamiku yang curang, Paul. Kamu sesuai untuk satu sama lain. Bila kamu pulang kerumah saya sudah tiada. Nikmati perjalanan ke tempat kerja kamu!, Lisa"
Syarikat pengiklanan yang bertanggungjawab memasang iklan tersebut, Kong Outdoor berkata Lisa sudah memesan papan iklan itu dua minggu sebelum. - Siakapkeli.my