Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul di sebuah taska yang didakwa berlaku di Ipoh, Perak mula menjadi viral.
Video berkenaan dipercayai dirakamkan oleh seorang bekas pekerja di taska berkenaan yang bertujuan mahu memberi nasihat kepada ibu bapa tentang layanan buruk yang diberikan terhadap anak-anak yang dihantar ke pusat berkenaan.
Rakaman itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis selepas dimarahi oleh seorang wanita, sambil memukul tangan dan pipi serta menekup mulut mangsa.
Berdasarkan kapsyen video berkenaan, penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan terjadi kononnya dia telah menggigit kanak-kanak lain.
Namun walau apa sekalipun alasannya, adalah tidak patut untuk mendera sehingga begitu rupa. Semoga tindakan pantas pihak berwajib dapat mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi. -Siakapkeli.my
Pemilik Taska Pukul Budak.!sy pernah bekerja di taska dulu..owner dia slalu pukul budak dan sy sempat rakam dia pukul...
Posted by Media Info Semasa on Sunday, September 20, 2015