Khairuddin Mahu Sabotaj Negara, Banyak Lagi Agensi Tempatan Boleh Siasat Kes 1MDB Itu - IGP
Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mahu menggunakan saluran perundangan antarabangsa untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB seba
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jelas seperti mahu mencabar sistem perundangan Malaysia.
"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.
"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.
Beliau berkata semikian bagi menjawab dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB.
"Khalid telah membuat laporan polis mengenai isu 1MDB ini dan seharusnya dia memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan."
"Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia," katanya dipetik Malaysiakini.
Khairuddin kini ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Sebelum ini Khairuddin telah dilaporkan merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.
Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara pada hari Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB. - Siakapkeli.my