Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rahim Tamby Chik Mohon Maaf Dakwa Raja Muda Selangor Sebagai Murtad

29 Sep 2015



Satu permohonan maaf dilakukan oleh Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik terhadap istana Selangor selepas mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad.

Beliau mengakui sumber berkenaan sebagai tidak sah selepas memuatnaik kenyataan berkenaan di laman Twitter dan Facebooknya.

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas.

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," katanya menerusi laman Facebooknya, seperti dilaporkan mStar.

Terdahulu istana Selangor menafikan dakwaan berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah.

Dua laporan polis juga dibuat oleh pihak istana menerusi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang semalam. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "