Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Terpaksa Rahsiakan Kematian Dari Pengetahuan Isteri Dan Anak-anak Zulkifli," Kata Abang Ipar Mangsa Rempuhan di Mina

29 Sep 2015



ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Zulkifly Samad mengakui mengetahui kematian jemaah haji berkenaan lebih awal berdasarkan maklumat yang diperolehi dari salah seorang ahli keluarga mereka yang menetap di Mekah.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Shuhaimi Hamid, 48 berkata nenek saudaranya yang tinggal di sana memaklumkan kejadian berkenaan selepas dia diberitahu oleh jiranya yang bekerja sebagai pemandu ambulans.

"Jiran kepada nenek saudara saya berkata dia telah membawa jenazah seorang rakyat Malaysia bernama Zul ke rumah mayat Muassiem, Mina berdasarkan tag nama dan gelang tertera Tabung Haji (TH).

"Pada hari yang sama juga adik perempuan saya, Suriahanim, 40, (isteri allahyarham) memaklumkan suaminya hilang selepas insiden itu," katanya.

Namun Shuhaimi terpaksa merahsiakan hal itu terlebih dahulu daripada keluarga mangsa sehingga laporan rasmi dikeluarkan oleh Tabung Haji.

Pengesahan tentang kematian Zulkifly hanya diperolehi semalam oleh pihak Tabung Haji pada jam 7.30 pagi selepas proses pengecaman yang dibuat oleh isterinya.

Kejadian rempuhan di Mina yang berlaku pada 24 September lepas mengorbankan lebih 700 nyawa jemaah haji dari pelbagai negara dan Zulkifli merupakan satu-satunya mangsa dari Malaysia. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "