Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peminat Minta E-mel Rita Rudaini Untuk Kongsi Masalah Rumah Tangga

18 Sep 2015




Pelakon Rita Rudaini mengakui dirinya sering menjadi perhatian dari peminatnya yang mahu meminta pendapat dan nasihat berkaitan masalah rumah tangga.

Ia berkemungkinan artis itu juga berdepan dengan masalah yang sama, namun masih dilihat cekal dalam membesarkan anak-anak dan kehidupan harian seperti biasa.

"Kebanyakan wanita selalu tanya boleh tak minta alamat e-mel untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana dugaan yang mereka lalui itu lebih kurang macam saya. Ada juga yang bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat mengenai masalah perkahwinan yang timbul itu?

“Bagi saya, apa yang dah lepas, biarlah ia berlalu. Tetapi saya rajin juga kongsi aktiviti harian saya. Malah, jika berdepan dengan sesuatu masalah pada hari berkenaan, saya akan berkongsi dengan peminat. Ia sekadar perkongsian yang mungkin boleh menjadi pengajaran dan teladan buat yang membacanya.

“Serba salah jadinya tetapi saya mengambil langkah untuk tidak membalas mesej dan komen mereka. Takut tersalah bagi nasihat pula,” jelasnya kepada mStar Online. Bagi kami, peminat yang bertanyakan soalan sebegitu sepatutnya berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang tersebut," katanya. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "