Anakanda ketiga Sultan Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim memuatnaik satu posting di Instagramnya mengutuk sikap perkauman, yang kebarangkalian ditujukan terhadap Perhimpunan Baju Merah yang berlangsung Rabu lalu.
Menambah lagi ketegasannya dalam isu ini, Tunku Idris turut menulis bahawa dirinya juga mempunyai darah pelbagai bangsa.
"Saya ada darah Melayu, Cina dan India mengalir dalam pembuluh darah saya," katanya.
Perhimpunan Baju Merah adalah anjuran sebuah kumpulan silat dan disokong pemimpin Umno.
Bagaimanapun ia menyaksikan masyarakat Cina dijadikan sasaran kemarahan selain parti DAP, yang juga dikaitkan dengan bangsa itu.
Kontroversi perhimpunan itu juga tercetus apabila beberapa kata-kata kesat dilontarkan seperti 'Cina babi'. -Siakapkeli.my