Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mufti Perlis Yang Kini Berada Di Mekah Bersama IGP Akan Disiasat Dibawah Akta Hasutan

18 Sep 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Berikutkan tindakan Mufti Perlis,  Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memuatnaik satu kenyataan di laman Facebooknya, beliau dilaporkan akan disiasat polis atas kesalahan menghasut.

Memetik laporan The Malaysian Insider, pihak polis sudah mengesahkan kertas siasatan awal di bawah Akta Hasutan telah pun dibuka.

Beliau dikatakan telah memuatnaik status ataupun kenyataan di laman Facebooknya DrMaza.com mengenai perhimpunan Bersih 4, pada bulan lalu.

Di dalam kenyataan tersebut yang merujuk kepada peserta perhimpunan Bersih 4 berkejaan sebagai wira dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang pembebasan Argentina, Che Guevara tanpa merujuk kepada mana-mana perhimpunan.

Turut disiasat adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bagaimanapun dikhabarkan Dr Asri kini dilaporkan sedang berada di tanah suci Mekah menunaikan haji. Ia berdasarkan status terbaru yang dimuatnaiknya.

Apa yang menarik, status dan gambar dia di Mekah berkenaan menunjukkan beliau bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga merupakan rakan sebiliknya pada musim haji ini. - Siakapkeli.my


Tinggal sebilik dan bertukar-tukar fikiran memberi ruang untuk kita lebih memahami antara satu sama lain. Persepsi...
Posted by DrMAZA.com on Thursday, September 17, 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "