Maut Kerana Selfie Lebih Banyak Dilaporkan Berbanding Maut Kerana Serangan Jerung
Jangan terkejut jika dikatakan rekod kematian akibat berselfie jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kematian akibat serangan jerung
Setakat tahun ini sahaja, 12 kes kematian kerana selfie dilaporkan berbanding hanya 8 sahaja yang mati selepas diserang haiwan itu.
Baru-baru ini juga berlaku kematian selepas ada pihak berselfie di Taj Mahal.
Bimbang ia akan menjadi 'wabak' beberapa negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan Australia misalnya mengepung sebuah batu setinggi 16 tingkat yang kelihatan seperti kek perkahwinan, kerana ia antara 'spot' popular untuk pengunjung mengambil gambar.
Manakala di Rusia, selepas satu laporan seorang remaja maut kerana berselfie sambil memegang pistol dan tanpa sedar tertembak kepalanya sendiri, maka pihak kerajaannya giat menampal poster di seluruh negara itu sebagai memberi amaran.
Maka pentingnya mengambil langkah berhati-hati dalam kegahirahan berselfie. -Siakapkeli.my