Fobia terhadap sesuatu perkara kadangkala boleh menyumbang kepada bahaya.
Itulah yang terjadi terhadap Angela Kipp yang bertindak spontan terjun keluar dari kereta yang dipandunya gara-gara seekor labah-labah terjatuh di bahunya.
Akibat kejadian itu, keretanya merempuh sebuah bas sekolah. Angela sebelum itu sedang memandu kereta dengan anak lelakinya berada di tempat duduk di bahagian belakang.
Selepas ibu berusia 35 tahun itu melompat keluar, anaknya segera ke tempat duduk pemandu untuk menarik brek.
Malangnya dia telah tertekan pedal minyak hingga berlanggar dengan bas sekolah berkenaan.
Angela bagaimanapun tidak akan didakwa susulan kejadian itu, manakala anaknya hanya mengalami cedera ringan. -Siakapkeli.my