Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas Dakwa Wang KWSP Miliknya Lesap Walaupun Tidak Pernah Keluarkan

5 Dis 2016
No Comment


JERTIH: Seorang warga emas mendakwa wang carumannya dalam wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM8,000 telah lesap walaupun tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran, lapor Sinar Harian.

Warga emas berkenaan yang merupakan seorang pesara, Zakaria Sadina, 78, berkata, kehilangan wangnya itu disedari selepas melakukan pemeriksaan potongan caruman di Pejabat KWSP Cawangan Jertih di sini pada jam 10 pagi Khamis lepas.

Beliau yang merupakan bekas kakitangan Pejabat Ukur dan Pemetaan Kelantan itu menyatakan berdasarkan pemeriksaannya wang KWSPnya itu telah dikeluarkan sebanyak dua kali pada tahun 1990 dan 1993 menyebabakan baki di dalam akaun KWSP kosong.

“Pada 1990 sebanyak RM2,500 dikeluarkan. Tiga tahun kemudian RM5,500 pula dikeluarkan oleh pihak tertentu.

“Sejak berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 20 tahun sehingga pencen pada tahun 1985, saya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran wang KWSP.

“Memandangkan saya menerima pencen bulanan menyebabkan sebelum ini saya tidak mempedulikan sangat tentang caruman itu kerana saya menyangka mungkin tidak ada caruman sehinggalah diberitahu oleh seorang waris saya bahawa saya mempunyai caruman,” katanya.

Menurut beliau lagi, jika wang berkenaan masih ada dan dicampur dividen untuk tempoh 26 tahun sudah tentu caruman sudah mencecah puluhan ribu.

Berhubung dengan perkara itu beliau meminta supaya pihak KWSP menyemak dan menyiasat perkara tersebut dan dia menuntut pihak terbabit bertanggungjawab di atas kehilangan wangnya.

“Semua pengeluaran tersebut bukan dilakukan oleh saya dan kini saya meminta pihak berkenaan menyemak semula bagaimana pengeluaran wang KWSP boleh dikeluarkan orang lain dan tidak dikenali,” katanya.

Beliau yang ditemani menantunya, Mohd Khairul Mustafa Amin, 43, membuat laporan tentang kejadian tersebut di Balai Polis Pasir Akar semalam.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "