Perkongsian daripada Zara ini melalui akaun Twitternya mendapat lebih daripada 19,000 retweet apabila dia berkongsi kisah sebenar adiknya yang berusia 18 tahun telah dirisik teman lelaki untuk berkahwin.
Namun apa yang ingin disampaikan oleh beliau adalah cara teman lelaki adiknya yang dilihat tidak sopan kerana teman lelaki adiknya itu memberitahu hajat tersebut hanya melalui telefon. Kekesalan ayahnya dengan sikap budak lelaki itu membuatkan Zara ingin berkongsi rasa dan cara yang terbaik untuk pihak lelaki (teman lelaki) jika ingin merisik anak perempuan orang.
Thread ni aku nak cite pasal cara bahasa seorang lelaki approach parents.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Tadi Aku ingat adik aku ketuk pintu. Rupanya Ayah. Aku tengah baring main phone. Ayah pun duduk. Tiba-tiba ayah tanya aku, dah lama ke adik aku ada pakwe? Kenapa tak bagitau Ayah? Aku terkejutlah jugak.
Aku dah bgtau Ayah 2 3 hari lepas. Cuma seloroh lah. Ayah ingat aku dengan kakak aku gurau. Ayah Aku cakap pakwe adik aku call. Nak cakap dengan mak Aku. Dia cakap dia nak kawan dgn Adik aku dan nak buat bini. Aku sendiri pun terkejut weh. Sbb ingat dorg biasa je, bdk baru nak up— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Ayah aku sedih dan sebagai seorang ayah rasa bengang jugaklah dengan cara approach budak tu. Ayah bersyukur je ada orang nak kahwin dengan anak dia. Cumanya dia nak anak dia penuhi dada dengan ilmu dulu. Adik aku tu baruuu je masuk diploma. Jauh sangat lagi perjalanan.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Aku tanya ayah. Sepatutnya macam mana Ayah? Ayah cakap macam kakak aku yang dah kahwin tu. Mula2 dia bgtau ada orang nak datang rumah. Ayah dgn sendiri fahamlah. Then abg ipar aku bwk mak ayah dia. Sembang, taaruf masing2 dulu. Lepas tu baru mak ayah dia tanya pasal berbesan.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Nampak tak kat sini betapa kahwin ni bukan sesenang kita call mak bapak orang tu terus cakap saya nak ambik anak makcik buat bini. Kita ni sape pun dorg taktau, kenal pun tidak. Sape mak ayahnya. Ayah aku terkejut dan tak berkenan dengan cara laki tu— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
It's toooo direct. Tengok negeri lain lagilah adatnya macam-macam. Berpantun bagai nak sunting bunga, tu pun orang tua yang cakapkan, bukan kita terus cakap nak buat bini. Aku faham dh skrg yg ayah aku ni mementingkan jugak benda2 ni. Dia bukanlah jenis strict nak hantaran tggi— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Kakak abang aku kahwin semua Ayah aku permudahkan. Takde letak syarat pelik-pelik. Cumanya ipar aku semua memang bawak mak ayah dulu datang rumah. Then baru cakap pasal berbesan. Nampak keindahan adat Melayu yang masih terjaga even bab lain takdelah strict dgn adat pelik2— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Dan aku faham maksud ayah aku kat sini. Yang dia nak anak dia stabil dulu sebab dia dah pencen. At least habiskan pengajian sbg backup diri. Kita taktau kahwin nanti jadi apa-apa. Kalau apa2 berlaku at least ada sijil utk kita usaha cari kerja. Sebab kawen ni seumur hidup— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Betapa mudahnya ayah aku ni sampaikan dia cakap takyah lah tunang-tunang. Kahwin terus je. Kakak2 semua kawen terus. Jimat duit takyah buat majlis banyak kali. Cuma agak terkejut dgn Adik aku sebab baru masuk belajar. Kalau dah matang apa semua takpelah jugak.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Ni still budak. Banyak lagi benda. Nampaklah lain kalau dgn aku parents aku dah cakap pasal benda mcm ni, sebab usia kita, level kita. Tapi adik aku memang kakak aku pun cakap, dia masih budak, belum cukup matang lagi, banyak lagi kena belajar. Tup2 dah sampai tahap ni— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Ayah suruh aku dengan kakak2 aku nasihat adik aku. Even sebelum ni dah nasihat. Putus jap eh sambung balik. Masalah kalau belajar tiptop takpe jugak, ni hanyut jugak, virus la semua ni. Ayah pesan, ayah dah bagi kebebasan, hormatlah mak ayah ni.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Blh je ayah aku nak ckp sendiri kat adik aku. Tapi dia nak jugak jaga hati anak2 dia tknk bagi mental breakdown etc, dia suruh kitorg kakak2 ni yg nasihat. Last sekali tak makan saman jgk baru ayah. Tupun ayah pesan jgn marah, cakap leklok. Pesan kat adik aku jgn buat ayah sedih— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Sebak jugak weh aku pun, biarlah kita takde pakwe pun. Haha. Ayah aku cakap itu tujuan ayah suruh berkawan, bersosial kenal orang, at least orang nak ngorat ke apa, kita tak mudah terpedaya. Takutnya budak tu just nak main2 pun taktau.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Ayah aku cakap kalau betul kita nak kahwin dengan orang tu, bawak mak ayah datang rumah dulu. Sama mcm laki tadi. Ayah aku bila aku pernah bgtau aku berkenan kat someone, dua2 reaksi parents okay. Sbb umur 22 ni dah time dia dah. Adik aku baru 18. Fahamlah kenapa ayah aku risau— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Kakak aku pernah cite masa dia jadi guru ganti kat sek rendah. Tiba2 ada satu family heret dia pergi kat gazebo. Cakap nak jadikan kakak aku bini anak dia, askar. Bukan soal askar tu. Soal adab dan adatnya mana. Even kakak aku tak suka cara macam tu. Macam tak respect kita— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Adat Melayu ni cantik dah. Nak sunting bunga di taman. Bawak ibu ayah ke rumah si dia. Bukan terus terjah si dia macam ni atau terus terjah ibu si dia. Ada cara bahasa kita kena ikut. Dari situ ibu ayah ni nak nilai keikhlasan atau budi pekerti takat mana untuk jaga anak dia.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
They always want the best for us. Don't make them sad and disappointed.— Z (@Zara_Inspirit) January 21, 2018
Aku fahamlah kenapa ayah aku bimbang. Sbb adik aku dah pernah kecundang masa SPM. Dia dh janji nak tebus sejarah, nak berubah jadi anak baik. Ayah aku nak tgk anak dia berjaya sbb dia pun umur dah 66. At least bila dia dah takde, kami ada backup untuk tampung hidup.— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Laki tu pulak poli tak habis. Then sekarang baru umur 18 kerja entah kerja apa. Bukan ayah aku pandang hina orang macam tu. Cuma boleh imagine tak seorang ayah, dia rasa reliable ke nak serahkan anak perempuan dia pada someone yang dia sendiri taktau mampu ke tak tanggung— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Abg aku pun poli tak habis. Cumanya sambung ke uitm then buat bisnes, ngajar mengaji, ada income kukuh utk sara anak orang. Then baru ayah aku sendiri percaya dan lps abg aku nak kawen. Ayah aku tak pandang hina pun kat dia. Cuma imagine dua2 umur 18 lagi. Adik aku tak matang lg— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Sebaknya aku bila ingat yang ayah dan mak aku sedih sangat. Sebab punyalah harapan hantar adik aku ke menara gading, suruh fokus pengajian dulu. Baru start diploma kot. Ni alih-alih jumpa laki tah kat mana, kerja Klang, terus cakap nak buat bini. At least datang rumah dulu ok lg— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Biar ayah mak aku kenal orangnya dulu. Perkenalkan diri elok-elok. Taaruf. Latar belakang family mcm mana. Tp tulah adik aku. Culture shock. Dulu sekolah perempuan je upper form, mdh hanyut bila once laki cakap mcm tu. Kwn tu nak buat main pun blh. Kita ni percayalah konon effort— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Konklusi aku. Semua orang nak kahwin. Tapi bukan senang dik oi. Beratnya tanggungjawab. Lagi-lagi kalau jenis tak pandai berdikari, baru start mengaji dah mintak kawen. Macam mana nak convince parents. Laki plk. Nak approach parents jangan terus cakap sy nak berbinikan dia— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Tgk family dia jenis mcm mana. Kalau jenis tak kisah kawen belasan tahun takpe. Ni yg jenis suruh hbs belajar dulu, kena pandai la tackle parents. Plan leklok. Kita sendiri pun stabil jugak. Tunjuk yang kita mampu tanggung, jaga, akhlak dan adab masa approach tu jaga— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Tengoklah statistik ramai mana kawen muda kecundang. Mmg kawen tu Allah kata Allah akan tambah rezeki. Kalau dah betul2 matang pandai cari duit takpe. Ni kalau mentah lg. Sabar jelah dulu. Perempuan jgn terus lembik bila laki kata I love u, I wanna marry you, nak bwk parents dtg.— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Semua tu senang je dilafazkan. Tapi kalau betul dia bawak parents dia datang jumpa parents kita. Only then kita boleh letakkan kepercayaan. Dh ramai mana member aku kena game dgn laki yg cakap. I wanna marry you. Dtg rumah mtk nk bwk kluar anak dara org. Last2 curang. Nauzubillah— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Sbl mintak nak kawen. Persiapkan diri dulu. Financially, mentally, perangai. Ni klu kerja rmh basuh pinggan, jemur/lipat kain pun berkali mak suruh liat nk buat. Subuh pn mak kna kejutkan. Toksah mimpilah parents trus kasi green light. Prepare well then convince ur parents wisely— Z (@Zara_Inspirit) January 22, 2018
Siakapkeli.myWanita. Jangan lembik kerana lelaki.— Z (@Zara_Inspirit) January 23, 2018
Lelaki. Jangan lemah kerana wanita.
Mahalkan dirimu.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877