Kerana terlalu sayangkan rambutnya, seorang wanita dari Tubas, Tebing Barat Palestin telah mengumpulkan potongan rambutnya selama hampir tujuh dekat dalam satu tempat khas.
Menurut sumber, Ezzeya Daraghmeh yang berusia 82 tahun itu telah menyimpan semua gumpalan rambutnya dalam sarung bantal di rumah.
Jelas Ezzeya, tabiat mengumpulkan potongan rambutnya bermula sejak beliau berusia 15 tahun lagi. Kesemua rambut yang digunting kemudiannya akan disumbat ke dalam sarung bantal.
"Saya sayang rambut saya dan tidak mahu membuangnya. Malah, apabila saya menyikat atau mencucinya dan ada rambut yang gugur, saya akan menyimpannya," kata wanita itu lagi.
Rambut yang disimpannya itu terdapat dalam pelbagai warna. Ada yang berwarna hitam, coklat, kelabu dan putih. Pada mulanya semua rambut itu disimpan dalam tilam sebelum beliau memutuskan untuk menyumbatnya ke dalam sarung dan dijadian tiga bantal besar. Menariknya, bantal-bantal itu pula digunakan sebagai hiasan di rumah beliau.
Sumber : Reuters
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877