Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lakonan Mantap, Kejujuran Watak Dan Mesej Yang Padat Buatkan 'Pok Ya Cong Codei' Jadi Bualan Netizen

23 Jan 2018

23 Jan - Baru-baru ini telah tular dilaman sosial sebuah telemovie berjudul 'Pok Ya Cong Codei' yang ditayangkan pada 20 Januari 2018 menerusi saluran 131 Astro Citra.

Pok Ya yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Sabri Yunus ialah seorang samseng di Kelantan dan ditugaskan mencari anak seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

Telemovie yang bertemakan negeri Kelantan ini telah menjadi tular di laman sosial selepas tayangannya Sabtu lalu.


Seorang pengguna Facebook yang bernama Axello Mane telah memberi pendapat beliau yang tersendiri tentang telemovie ini.

Menurut Axello, Sabri Yunus dapat menggarap cerita ini dengan sangat baik kerana banyak unsur komedi dan permainan emosi yang dipaksikan pada watak Rashdan yang dilakonkan oleh Fikri Ibrahim.

Watak Datuk Sahak yang dibawa oleh Mustapha Kamal juga tidak perlu lagi dipertikaikan kehebatannya. Datuk Sahak seorang peguam yang sering melakukan kegiatan haram telah terbongkar apabila Rashdan (Fikri Ibrahim) telah menceritakan semua kegiatannya kepada anak perempuan Datuk Sahak, Aina yang dlakonkan oleh Uqasha Senrose.

Datuk Sahak telah melanggar ayah Rahdan yang juga pemandunya satu ketika dahulu kerana ayah Rashdan ingin membongkar kegiatan haram Datuk Sahak. Oleh sebab itu, Rashdan menculik Aina untuk tujuan membals dendam.

Watak Pok Ya adalah definisi gangster otai yang memiliki anak buah dan rakan yang sanggup mati demi beliau di satu sisi yang membuatkan Pok Ya disayangi.


Pok Ya juga dikatakan mempunyai prinsip yang kuat dalam perjalanan hidupnya dan sentiasa komited dengan tugasan yang diberikan.

Beliau yang terpaksa menyelesaikan tugasnya di Kuala Lumpur berdepan dengan alam teknologi. Pok Ya tidak pernah menggunakan aplikasi Whatsapp bahkan telefon bimbit juga dia tidak tahu untuk menggunakannya.

Terpaksa meninggalkan isterinya yang baru sebulan mendirikan rumah tangga, atas prinsip dan komited pada tugasnya Pok Ya tetap mengharunginya.

Telemovie arahan Sabri Yunus ini juga membawa pelbagai pengajaran yang boleh kita teladani. Antaranya sikap Pok Ya yang pemurah membantu membayar kos rawatan emak kepada Rashdan yang menghidap masalah jantung.


Telemovie Pok Ya Cong Codei ni memang korang kena tengok. Sabri Yunus menggarap cerita ini dengan sangat baik walaupun aku harapkan watak Rashdan (Fikri) lebih baik power dalam permainan emosi.

Ini kerana cerita ini banyak unsur komedi dan permainan emosi tu dipaksikan pada watak rashdan.

Aku tak nak komen sangat pasal isu tu, kerana plot cerita ini bergerak pada Pok Ya yang dilakonkan otai Sabri Yunus.

Watak Mustapha Kamal pun tak perlu dikomen lagi. Dia dengan Sabri Yunus memang menjadi terutama sekali ketika babak mereka dalam satu frame.

Watak yang sangat jujur, semulajadi dan bersahaja menunjukkan Sabri Yunus berada dalam kelas tersendiri.

Skrip yang mencuit hati dan bahasa yang tidak terlalu dramatik.

Dia bukan la gangster yang acah-acah gentleman cakap lembut dengan perempuan. Dalam kasar bahasanya ada sayangnya dia dengan bini dan anak-anak buah dia juga.




Watak Pok Ya adalah definisi gangster otai yang memiliki anak buah dan rakan yang sanggup mati demi beliau kerana dia ada satu sisi yang membuatkan pok ya disayangi.

Dia ada prinsip yang kuat dalam hidup dan sentiasa komited dengan tugasan dia. Dia seorang yang amanah dan kalau berjanji dia akan pegang janji,

Beliau berhadapan dengan cabaran di alam teknologi. Whatsapp pun tak ada. Pakai handphone legend. Terpaksa keluar ke KL untuk tugasan, tinggalkan bini muda yang baru sebulan kawin. KL bukan area yang Pok Ya gemar sangat. Dia bercakap Kelantan pekat.

Sabri Yunus sebenarnya bermain serampang dua mata dalam cerita ini. Dalam pada dia membawa watak Pok Ya yang gangster lama, dia turut 'mempermainkan' watak itu dengan beberapa sisi naif Pok Ya yang buatkan kita gelakkan Pok Ya.

Membuatkan kita tak akan menuduh Sabri Yunus terlalu mengangkat sisi seorang gangster dalam cerita ini. Ini kerana ada suapan alter ego watak Pok Ya yang memang 360 degree.

Banyak pengajaran dalam cerita ini daripada latar masyarakat yang berbeza dan hubungan sosial yang berbeza. Itu yang paling penting dan Sabri Yunus suap kepada audien dan menyampaikannya dengan cara yang sangat santai dan dalam cerita yang berwatak utamakan seorang gangster.

Kalau telemovie ni dijual di Astro First pun tak rugi untuk aku beli demi menyokong Sabri Yunus.

Anda tengoklah sendiri cerita ini sambil menikmati loghat kelate.


Berikut pula adalah sedikit sedutan daripada telemovie Pok Ya Cong Codei terbitan Astro Citra

Terbaik Otai kita Saudara Sbri Yunus.

Yang belum tengok lagi, ada lagi ulangan, jangan risau.


Siaran dikongsi oleh @ sabriyunus pada

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "