Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ayah Bagi Telefonnya Pada Adik, Lepas Tu Ayah Rogol Saya", Takut Ayahnya Hilang Kerja, Adik-Beradik Perempuan Ini Lebih Rela Dinodai Ayah Sendiri

23 Jan 2018
No Comment
Sukar untuk diterima akal apabila masih ada lagi bapa yang sanggup menggunakan anak sendiri sebagai tempat melempiaskan nafsu serakah mereka.  Tak tahu mana letaknya iman, agama dan akal sampaikan tergamak melakukan perkara terkutuk itu terhadap anak sendiri.  Anak perempuan sendiri bayangkan?

Sakit pedih bahagian luka itu disimpan sendiri.  Pada siapa mereka ingin beritahu? Ibu? Segelintir sahaja yang akan percaya dan melakukan tindakan wajar namun yang lain lebih rela melindungi dengan mendiamkan diri.  Mereka masih dengan alasan suami yang mencari rezeki, takut hilang punca bergantung hidup.  Ada juga yang tidak peduli dengan aduan yang diterima kerana terlalu sibuk dengan komitmen lain.



Apalah nasib anak perempuan itu? Mereka perlu diajar untuk lebih berani.  Terapkan sikap itu untuk memerangi apa yang tidak sepatutnya.  Laporkan kepada pihak berkuasa atau orang yang paling dipercayai supaya segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan tiada lagi orang lain yang bakal menerima nasib yang sama.  Supaya pelaku juga maklum akibat daripada melakukan perbuatan itu kepada anak sendiri.

Mohon kepada semua mangsa, jangan takut untuk kehadapan, jika anda malu dan terlalu memikirkan akibatnya untuk bertindak, akan ada orang lain yang akan menjadi mangsa seterusnya.  Seperti perkongsian daripada Syed Azmi semalam, beliau telah memuat naik satu kisah yang sangat meruntun hati sebagai seorang perempuan apabila bapanya sendiri telah menodai mereka adik-beradik.



Akibat takut pembelajarannya sampai separuh jalan, takut bapanya dibuang kerja, adik ini lebih senang mendiamkan diri kerana dia sudah cuba untuk memberitahu ibunya namun disuruh berikan peluang, dia juga cuba memberitahu guru disekolahnya namun mereka tidak mahu masuk campur.  Dimana sentimen masyarakat kita terhadap isu besar seperti ini?  Daripada perkongsian ini diharap kaum ibu yang sepatutnya membantu tidak lagi menggadai maruah anak demi sesuap nasi kerana masa depan anak-anak lebih penting daripada wang ringgit.

"Ayah pass phone dia pada adik. Adik amik handphone and main handphone.
Belakang adik, ayah mencabul dan rogol saya."


Although this may sound absurd, tapi kalau dah macam ni for the past 5 years and dah cakap dengan mak, mak tak endah, cakap dengan cikgu, cikgu takut nak masuk campur- Last-last, main depan adik beradik 4 orang pun dah takde perasaan dah. But it hurt this child, silap - all children.



In the end, waktu masuk sekolah menengah baru-baru ni, this girl try to tell the teacher, the teacher called me and after an hour drive, i reached the school and see her.

All sort of sex act, you name it.
I gave her 2 pregnancy test to check. Comes back negative.

And this is how we start.

I introduced myself.
I explained that we are all here to protect you.
Tanya nama, tanya nama panggilan apa.

The teacher already explained to me earlier what happened and they wanted to know what to do next.

Standard, call 15999
Report police
Medical check up



Tapi anak ni tak takut semua tu.
All dia nak tahu, apa jadi nanti kat mak dan adik beradik.
Dia tetap sayang ayah. Dia cuma nak ayah berhenti buat jahat padanya.

I actually said, today, i try my best to do what you want.
Nak report police? Tak tahu.
Habis dik, nanti siapa nak bagitahu ayah supaya jangan buat lagi? Tak tahu.

Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat.

She finally said, kakak pun kena juga. Kalau kakak report, saya report.

The sister is in KL and she is in Selangor.

She called the sister.

Gambar Hiasan


The sister thinks like her.
Nanti apa kata keluarga.
Nanti apa kata jiran.
Nanti ayah kena buang kerja.
Saya nak sambung belajar, kalau ayah tak kerja sapa nanti nak tanggung belajar.
Takpelah, biarkan aje. Mak kata bagi peluang.

I explained again.

Kakak kata, nak fikirkan dulu. Malam ni bagitau.

Ok.

Talked to the girl kat depan ni.

She is now talking abit. Better than earlier. Rasa lega. She said.

Gambar Hiasan


I explained lagi, ni sementara sahaja. Nanti balik cuti semester lain pulak.

We drove back, waiting for the decision.

I called JKMWPKL, pasukan beruniform dan prepared the teacher.

And waited.

Baru sekejap tadi, the kakak confirm.

"Buatlah report, tapi biar hujung minggu waktu ayah tak kerja."

And as someone who respect the need and consent of a child, wish i could do better.

Everyone is in place. Now we let the system run.

Tapi yang saya paling sedih, among siblings, dah boleh share" Kau kena tak semalam?" sesama sendiri sebab dah biasa kena. More then 5 years.

If you ask me, the family dynamics plays an important role why children fikir tak nak repot.
Ayah seorang sahaja yang kerja.
Mak suri rumah.
Tiada datuk nenek saudara dan ada konflik keluarga.

Jadi kalau ayah masuk jail, siapa yang susah. Mereka yang susah.

Jadi penyelesaian yang itu perlu.

Imagine how to answer that infront of the child?
Mana sempat nak maki-maki. Saya senyum sahaja.
Dan explain our system macam mana.
*I may have foster care to be in place.

Apa masyarakat boleh buat?
Kenal balai polis yang berdekatan.
Dapatkan number telefon polis.
Ingat 15999. Ajar pada semua anak-anak.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT.
(especially cikgu, kaunselor, jiran)

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "