Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Nasi Berpinggan-pinggan Sampai 'Overweight' ", Wanita Ini Kongsi Teknik Turun Berat Dengan 'Fully Breastfeeding'

6 Jan 2018

Memetik artikel daripada Healthy Vita Garden, umum mengetahui susu ibu adalah susu terbaik kepada bayi dan ibu itu sendiri.  Tapi ada segelintir para ibu kurang jelas dengan konsep dan asas penyusuan susu ibu.  Tanpa disangkal, susu ibu sangat-sangat membantu dalam penurunan berat badan selepas mengalami kenaikan drastik ketika mengandung.  Namun begitu, para ibu perlu sedar, dalam konsep penurunan berat badan, kalori yang keluar harus kurang dari kalori yang masuk.

  • Kalori masuk > kalori keluar = Berat badan bertambah
  • Kalori masuk < kalori keluar = Berat badan berkurang
  • Kalori masuk = kalori keluar = Berat badan maintain

Kebanyakan ibu yang menyusukan susah untuk mengawal nafsu makan dan tanpa kesedaran awal mereka akan mengambil makanan-makanan yang tinggi kalori.



Perkongsian Nuraisyah Abu Husin ini mungkin dapat membantu anda, para ibu untuk mengawal makanan dan mendapatkan berat ideal anda kembali tanpa memudaratkan nutrisi susu untuk bayi dan badan ibu sendiri.

Post ini khas utk ibu menyusu dan bakal2 ibu juga:

Gambar kiri tahun 2016 sya pegang adam & Gambar kanan tahun 2017 sya pegang ayra.. Cerita bermula lepas sya lahirkan adam, masa dalam pantang semuanya bagus.. berat turun banyak, kurus wow wow ! Tapi selepas habis tempoh berpantang, badan sya naik bagai di pam pam

Sebab apa naik? Sbb dah tak makan makanan pantang kan? Dah lepas 44 hari (ops sya pantang adam 30 hari je) and redah makan mcm2. Nak jaga kesihatan ni bukan pulun masa pantang je jaga itu ini, lepas pantang pun kena jaga sistur.

Peliknya org kita ni berpantang laksa sampai setahun tapi fast food, makanan manis2 potong kaki dan jajan tak pula dipantangnya 



Nak jadikan cerita, sya kan kerja sendiri n memang bawa adam kemana2. Fully breastfeed. And sya cepat terpengaruh dengan kata2 org yg ibu menyusu ni boleh je makan banyak, sbb nanti akan proses jadi susu kan? and yes sya mmg makan banyak like very the banyak.. milo sehari 2-3 kali konon xnak bagi susu drop..

Nasi berpinggan2.. Sampailah berat sya naik 68kg dengan ketinggian 163cm which is OVERWEIGHT dan dah lebih bmi normal. Tapi xnampak sgt sbb sya agak tinggi jugak kan.



Zon selesa dtg bila setiap kali makan byk dan direstui oleh org sekeliling. Katanya tak apa, nanti lepas habis tempoh menyusu dietlah balik. Bukan keje nak menyalahkan org je, sebab diri sendiri pun tak ada ilmu. Rupanya ibu menyusu ni tak perlu makan mcm pirana.. Ada diet yg membolehkan susu kekal banyak dan badan ibu jadi cantik juga

Jadi bila bersalin ayra, sya dah ready mental n fizikal.. anak kedua kan.. takkan nak ulang benda yg sama betul x? Lagipun, ayra lahir masa adam baru 1tahun 6 bulan dan dia masih menyusu badan (penuh) . So sya amalkan ini utk make sure susu cukup utk kedua2 anak sya dan sya pun tak gemuk.

1) Minum air masak / air sejuk pun boleh janji plain water sebanyak 2-4L sehari. Ibu2 perlu faham, air adalah perkara plg penting utk penghasilan susu.



2) Kerap direct feeding / follow jadual pam yg betul. Susu ibu ni demand n supply. The more demand, the more milk will be supplied.



3) Heavy breakfast. Sya makan nasi sbg breakfast (dalam portion 1 org makan bukan 2 bukan 3 ye)



4) Wajib Makan buah dan sayur (makan 3 kali sehari dah memadai) Lunch makan nasi lauk semua tapi portion seorang je.. xperlu makan lebih2 konon utk 2 org 



5) Wajib minum susu (sya minum susu HL coklat mmg minum dr pregnant sbb ada acid folic) limit maximum sehari 2 gelas je



6) No milo (milo kosong ke ape semua xboleh) sbb kandungan gula dia tinggi n faktor penyebab gemuk & segala minuman 3in1 juga ya



7) Dinner sebelum pukul 8 malam, n kalau lapar tgh2 malam sya akan makan buah n minum air masak..



Stok buah kena sentiasa ada kat rumah.

Dengan amalkan tips ni semua berat sya mampu maintain 57 kg skrg ni dan masih berjuang menyusukan ayra penuh dan adam pun tumpang sekali sbb masih belum wean off

Yg penting adalah pemakanan seimbang, jangan disebabkan ibu menyusu anak menjadi green light utk ibu bedal semua benda Sekali sekala nak cheat day makan manis is okay, tapi kalau hari2 makan tak ingat dunia mmg gemuklah jawabnya ibu ibu semua.

Menyusukan anak bukan REASON untuk korg gemuk. Sekian tips ikhlas dari Nuraisyah Abu Husin & sya bukan pakar pemakanan

Yg ada isteri asik merungut badan naik sbb menyusukan anak tu, boleh la bg info ni kat isteri tercinta ya 


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "