"Betul Ke Makan Buah Tak Bahaya Untuk Kencing Manis?'', Dr Suhazeli Jawab Berkaitan Video Tular Dari India
Bagi orang yang ada kencing manis, macam-macam benda manis yang kena pantang kan? Kena kurangkan manis dalam minuman, nasi pun tak boleh makan banyak macam orang biasa. Ada juga yang 'tahan diri' daripada makan buah, katanya kalau makan buah yang manis-manis macam rambutan, kandungan gula dalam badan naik mendadak. Nanti susah.
Tapi baru-baru ni tular satu video yang menunjukkan bahawa makan buah tidak berbahaya buat pesakit kencing manis, katanya doktor dan industri menutup kebenaran ini bagi melindungi industri ubat-ubatan yang lumayan. Betul ke dakwaan itu?
Nanti dulu, jika anda adalah pesakit manis dan sudah menonton video tersebut, jangan teruja dan terburu-buru buat keputusan untuk makan buah. Kalau anda nak tahu jawapanya anda kenalah baca perkongsian Dr Suhazeli Abdullah di bawah ini terlebih dahulu. Supaya anda mendapat maklumat yang betul untuk masa depan kesihatan anda sendiri.
Buah-buahan Bahaya tak untuk pesakit Kencing Manis?
Sudah menjadi kefahaman umum bahawa doktor akan menasihati untuk makan buah-buahan dengan kadar yang sedikit bagi pesakit kencing manis. Malah pada masa tertentu doktor akan menghalang terus pesakit tidak memakannya kerana paras gula dalam darah mencanak naik. Kandungan fruktosa dalam buah-buahan juga memainkan peranan penting untuk penghasilan bacaan glukosa dalam darah.
Akan tetapi, terdapat satu sebaran video seorang penceramah dari India yang membuat ujikaji paras gula dalam darah. Penceramah tersebut membuat pembuktian bahawa fruktosa dalam buah-buahan tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah melalui mesin glukometer.
Darah yang pertama dicampur dengan glukosa, bacaan glukometer tinggi. Sebaliknya apabila darah dicampur dengan fruktosa, bacaannya turun. Kesimpulan yang beliau buat adalah, makan buah-buahan tidak sesekali akan menaikkan paras gula dalam darah.
Kepercayaan yang diberitahu oleh para doktor sejak sekian lama hanyalah tipu. Tuduhan beliau lagi, pihak berkuasa sengaja menutup ‘kebenaran’ ini kerana takut industri perubatan lingkup.
Kesian saya tengok para penonton yang dikelentong oleh beliau. Ujikaji sains ini tidak difahami oleh mereka.
Glukometer gunanya untuk kesan kehadiran glukosa dalam darah. Strip yang digunakan mengandungi enzim glucose oxidase. Apabila glukosa darah berindakbalas dengan enzim tersebut, bacaan akan boleh dibaca mengikut paras tertentu. Glukometer hanya untuk tindakbalas glukosa (lakaran no 3), maka gula fruktosa tidak sesekali akan bertindakbalas. Oleh yang demikian sudah tentu campur sebakul gula fruktosa pun, bacaan glukometer tidak akan mencanak naik.
Bagaimana pula buah-buahan boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat? Buah-buahan seperti rambutan, durian, mempelam dan pelbagai lagi mengandungi fruktosa yang tinggi. Apabila kita makan, perut akan memproses dan diserap masuk ke dalam darah. Gula fruktosa itu akan melalui proses penukaran kepada bentuk lain oleh hati (lakaran no 2)
1) 29 - 54% ditukar —> GLUKOSA
2) 25% ditukar—> LAKTAT
(Glukosa dan Laktat inilah akan dijana sebagai tenaga kepada sel-sel badan)
3) 15-18% pula akan disimpan dalam bentuk GLIKOGEN dan kurang dari 1% ditukar kepada TRIGLISERIDA (Sejenis Kolesterol).
Justeru, gula fruktosa buah akan tetap ditukar dalam jumlah tertentu dalam badan kita walaupun ianya tidak dapat dikesan melalui glukometer.
Beberapa nasihat berikut penting kepada pesakit kencing manis dalam penjagaan makan buah-buahan.
1) Elakkan pengambilan buah-buahan semasa perut kosong. Ini kerana penyerapan gula fruktosa sepenuhnya (setelah ditukar ke glukosa) tidak dapat ditampung oleh insulin yang lemah atau ubat kencing manis.
2) Pengambilan buah disarankan diambil sejurus selepas hidangan utama, dihadkan kepada 1 hidangan sahaja. Pada masa ini tindakan insulin atau ubat kencing manis adalah optima.
3) Maksimum 2 hidangan buah untuk sehari.
Berikut adalah contoh-contoh saiz hidangan buah untuk satu unit karbohidrat. Setiap unit membekalkan 15g karbohidrat:
a) 1 biji sederhana epal/ oren/ belimbing/ pear
b) 1 potong nipis betik/ nenas/ tembikai susu
c) ½ biji jambu batu/ mangga kecil
d) 5 biji sederhana rambutan/ laici
e) 2 biji manggis/ jambu air/ kedondong/ kurma
f) 8-10 biji kecil langsat/ duku/ anggur/ longan
g) 2-3 ulas sederhana cempedak/ durian/ nangka
.
Manakala Makanan berikut ini pula mengandungi karbohidrat ringkas (gula ringkas) yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat.
Senarai makanan yang patut dielakkan atau diminimumkan pengambilannya:
1) Gula putih, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, glukosa
2) Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap.
3) Minuman ringan, minuman kordial
4) Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim, coklat
5) Air tebu, air kelapa muda, minuman-minuman yang ditambah gula
Sekian nasihat pemakanan dari suhazeli.com
Sumber : Dr Suhazeli Abdullah
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
BalasPadamminimal dp/wd 50rb
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^
hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877