24 Jan - Baru- baru ini, seorang pengusaha aktiviti lasak Zipline di Andes telah membuat satu pengakuan yang mengejutkan, apabila dia menyatakan bertanggungjawab dalam membuang mayat seorang pelancong dari Sepanyol ke dalam sungai setelah pelancong itu maut ketika menggunakan perkhidmatan Zipline itu, lapor Metro UK
Pelancong wanita itu yang bernama Nathaly Salazar, 28 tahun dilaporkan sedang bercuti di Peru sebelum dia dikatakan tiba-tiba hilang tanpa sebarang berita.
Nathaly dikatakan telah mengunjungi tapak arkeologi Moray dan sedang membuat persediaan untuk ke Cacllaracay apabila dia mengambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan Zipline yang dikatakan antara yang terpanjang di dunia.
Aktiviti Zipline tersebut memang menjadi tarikan utama kepada para pelancong kerana ia akan memperlihatkan pemandangan indah Lembah Suci Incas.
Namun begitu, Nathaly dikhabarkan mengalami kecederaan di bahagian kepalanya atas sebab yang tidak dikenalpasti. Dia dikatakan hilang selepas menaiki Zipline itu sekali gus membuatkan pihak polis mula menjalankan misi pencarian.
Lantaran itu, pengusaha dan seorang pekerja The Flight of the Condor Zip-line ini memutuskan untuk menyembunyikan mayat Nathaly di dalam sungai di sebuah kawasan terpencil yang dikenali sebagai Paucarbamba.
Setelah Nathaly dilaporkan hilang sejak 2 Januari lalu, pihak berkuasa terus menjalankan siasatan dan pencarian Nathaly secara meluas terutama di kawasan Sungai Vilcanota-Urubamba.
Selepas beberapa hari, didapati kehilangan Nathaly berpunca dari dua individu yang tidak bertanggungjawab ini. Kedua-duanya dikatakan memberi keterangan yang berbeza.
Salah seorang daripada mereka mengatakan Nathaly terhantuk pada tiang dan seorang lagi memberitahu polis bahawa pasangan Nathaly telah memanjat keranjang di atas kabel dan terus berlalu pergi sekali gus menyebabkan beliau mati.
Mereka juga mengakui telah memecahkan telefon bimbit Nathaly menggunakan batu apabila telefon itu mula berdering.
Ibu mendiang, Alejandra Ayala yang tinggal berdekatan pekan Cuzco turut membantu pihak polis dalam misi pencarian anaknya.
Menurut Alejandra, kali terakhir dia berhubung dengan Nathaly adalah pada 31 Disember lalu dan mendakwa Nathaly kedengaran sihat dan bahagia.
Nathaly juga dikatakan sedang melanjut pelajaran dalam bidang pendidikan fizikal dan merancang untuk mengembara ke seluruh Peru. Tetapi, hajatnya tidak kesampaian akibat dari tragedi yang menimpa Nathaly.
Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877