Image via imuslimshop.com & blogspot.my |
Kebelakangan ini ramai yang berkongsi tips-tips pengurusan kewangan dan cara-cara untuk menabung bagi persediaan kegawatan ekonomi yang mungkin terjadi bila-bila masa sahaja. Akibat kenaikan harga barangan yang semakin tak masuk akal, orang ramai mula bertindak bijak dengan merancang 'blueprint' kewangan sihat.
Tambahan pula, ia dapat membantu jika kita dibuang atau diberhentikan kerja dengan keadaan yang tak menentu sekarang ini, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia berjuang menghadapi malapetaka kewangan untuk diri sendiri.
Kalau korang masih tidak jelas dengan rancangan kewangan sihat, boleh ikuti perkongsian daripada pakar pengurusan aset dan kewangan, Azizul Azli Ahmad yang berkongsi tips untuk 'maintain' tenang apabila dilanda gawat.
'JANGAN JANGAN' BILA GAWAT.
1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'
Image via imuslimshop.com |
2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.
Image via imuslimshop.com |
3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.
Image via imuslimshop.com |
4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
Image via imuslimshop.com |
5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.
Image via imuslimshop.com |
6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.
Image via imuslimshop.com |
7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
Image via imuslimshop.com |
8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
Image via imuslimshop.com |
9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.
10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.
Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.
Siakapkeli.my