Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya 9 Jam Diperlukan Untuk Siapkan Landasan Kereta Api 5 Lorong Di China, Libatkan 1500 Orang Pekerja

23 Jan 2018

23 Jan - Baru-baru ini di China, 1500 orang pekerja hanya memerlukan 9 jam untuk membina landasan keretapi di stesen keretapi Fujian Province, selatan China.

Kejadian menakjubkan itu telah menggempar dunia apabila sekali lagi rakyat China mempamerkan tahap efisyen mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Menurut penyelia projek itu, Pembinaan melibatkan 7 gerabak keretapi dan 23 mesin pengorek untuk menyiapkan landasan keretapi dengan hanya mengambil masa 9 jam sahaja.


Video yang dimuat naik oleh Pear, menunjukkan bagaimana pekerja pembinaan itu menghubungkan tiga laluan keretapi utama, laluan keretapi Ganlong, Ganruilong dan Zhanglong dengan laluan yang baru siap dibina iaitu laluan keretapi Nanlong.

Dalam jangka masa 9 jam itu, mereka turut menyiapkan pemasangan isyarat trafik dan peralatan trafik dengan lengkap dan sempurna. Pembinaan stesen keretapi Nanlong itu akan memudahkan penduduk di bandar Longyan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Projek itu telah bermula pada malam 19 Januari dan landasan itu dilaporkan siap sepenuhnya pada pagi 20 Januari 2018.


Menurut timbalan pengurus China Tiesu Civil Engineering Group, projek ini mampu disiapkan secepat itu kerana 1500 pekerja yang bertugas telah dibahagikan kepada 7 unit dan berjaya menggerakkan semua unit untuk bekerja dalam pada masa yang sama.

Pembinaan stesen keretapi Nanlong itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2018, jarak hampir 246 kilometer panjang itu akan menjadi penghubung antara Selatan-Timur China dengan bandar China.




Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "