Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ditaja Untuk Melawat Beijing, 'Ice Boy' China Ini Terpegun Dengan Keajaiban Cuaca Hangat Di Sana

23 Jan 2018
Wang Fuman, merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang digelar 'Ice Boy' selepas gambarnya yang tular di media sosial baru-baru ini meredah perjalanan bersalji sehinggakan rambutnya membeku dan diselaputi ais tebal.

Minggu lalu, Fuman yang berusia lapan tahun dan keluarga telah diberi peluang untuk menikmati lawatan 'suhu panas' tiga hari ke Beijing ditaja oleh beberpa pihak termasuk sebuah laman web propaganda Parti Komunis.



Menurut Fuman, dia berasa amat kagum dengan suhu sederhana Beijing berbanding ditempat tinggalnya.  "Dirumah sangat sejuk, tetapi sangat hangat di Beijing."  Tambahnya lagi, mereka perlu membakar arang pada waktu malam untuk kekal hangat.

"Di Beijing biliknya sangat hangat, saya hanya perlu memakai satu lapisan pakaian sahaja.  Inilah kali pertama saya merasai rasa yang sempurna seperti ini, ianya sangat luar biasa."





"Saya mahu melihat bagaimana kanak-kanak di Beijing pergi ke sekolah, adakah mereka juga perlu berjalan jauh setiap hari?"

Selepas kisahnya menjadi sensasi disetiap laman media sosial dan telah digelar sebagai 'Ice Boy' oleh pihak media, mereka telah menerima sumbangan daripada setiap pelusuk China dengan jumlah hampir USD 46, 900.




Namun apa yang menjadi perdebatan apabila, keluarga Fuman hanya mendapat USD 1,000.  Menurut laporan media, kerajaan tempatan telah membuat keputusan dengan memberikan sumbangan sebanyak itu kerana bagi mereka, tidak baik untuk kanak-kanak menjadi kaya dalam masa satu malam.  Lebihan duit sumbangan itu masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Walaupun begitu, bapa Fuman, Wang Gangkui telah ditawarkan bekerja berdekatan kampung halamannya dan itu membuatkan beliau tidak perlu berkerja jauh dari rumah lagi.



Ketika lawatannya, Fuman memberitahu pihak media bahawa dia mahu menjadi seorang anggota polis kelak besar nanti.  Oleh itu, Fuman telah dibawa melawat ke ibu pejabat unit khas polis di Beijing dan sekolah polis terbesar untuk merasai pengalaman menjadi polis sebenar. - The Beijing News



Memetik laporan media, Wang Gangkui berharap anaknya boleh belajar dan tinggal di Beijing.  Sebelum ini Wang bekerja jauh di Wilayah Kunming dan hampir 4 bulan tidak melihat Funman sehinggalah anaknya itu tular di internet.

"Apabila saya melihat gambar itu, hati saya luluh.  Saya tidak mempunyai pilihan.  Jika saya tidak pergi mencari pekerjaan ditempat lain, kedua-dua anak saya tidak dapat makan apa-apa."



Siakapkeli.my

Sumber: South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "