Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dalam Internet Bukan Main Tunjuk Sayang Mak Ayah, Bila Kita Nak Minta Tolong, Semua Menyakitkan Hati

25 Jan 2018
3 ulasan
Gambar Hiasan

Selalu kita dengar tanggungjawab ibu bapa terhadap anak, jarang pula kita melihat daripada perspektif berbeza, iaitu tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.  Sesungguhnya ibu bapa mempunyai kedudukan paling tinggi lagi mulia disisi Allah swt.  Tugas mereka memelihara, mendidik dan melindungi merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Jika salah ajarannya, salah jugalah sikap anak-anak besar nanti.  Bak kata orang-orang dulu, "jaga binatang lagi senang daripada jaga manusia." Tanggungjawab yang digalas termasuklah menyediakan makan, minum, pakaian, keselamatan dan kasih sayang.



Namun realiti hari ini nampak indah saja bila segalanya dikongsi di media sosial.  Terserlah kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang kuat antara kedua-duanya, ibu bapa dan anak. Seronok bila dipuji dengan teman-teman di ruangan komen, "sweetnya you and your parent."

Tapi hakikatnya, hanya mereka sahaja yang tahu.  Malah meninggikan suara pula kepada emak dan ayah.  Bila diminta membuat sesuatu, pelbagai alasan diberikan.  Seperti perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad ini, beliau menceritakan situasi yang sama generasi internet masa kini yang tanpa sedar sudah menyakiti hati ibu bapa mereka tanpa sedar.  Ikuti cerita penuh dibawah dan semoga kisah ini dapat membuka mata kita sebagai anak-anak untuk lebih peka sensitiviti perasaan orang tua.



Saya hantar kereta orang rumah untuk service baru-baru ini. Dah siap berkira sana sini berapa RM, saya pun naik ke ruang menunggu di atas. Duduk di situ nampak seorang yang rasa macam kenal. Saya pun tegur. Ya benar. Saya tanya, “Dato hantar kereta juga?”

Beliau jawab, “ha ah kereta anak bongsu. Dia minta tolong. Nak minta wife I ambil, dia sibuk ke pasar,”

Kami duklah bersembang bagai. Saya bercerita tentang sosial media hari ini yang semua orang sedang berusaha menunjukkan kepakaran diri, dan ia memang sebuah perkara yang baik.

Beliau bercerita, semua itu bagus-bagus belaka. Namun, tidak pula dilupa perkara kebaikan yang kecil-kecil di luar sana, yang mana semua itu lagilah membawa kepada murahnya rezeki dan membawa kepada keberkatan bekeluarga.


Saya biarkan beliau bercerita. Katanya beliau pernah mengikut anaknya (nama yang disebut lain, namun kita tukar ke Fadil ya - haha) ke tempat kerja pada suatu hari. Waktu itu pemandunya terpaksa pulang ke kampung kerana kematian ibu.

Fadil menghantar anaknya ke sekolah dahulu. Keretanya dihentikan sekitar kurang 1 minit di atas jalan raya, anaknya tergocoh bersalam dari belakang dan kemudiannya membuka pintu kereta dan berlari ke pintu pagar sekolah.

Kemudian, Fadil berlalu ke untuk hantar ayahnya pula. Trafik light pertamanya dilanggar. Keretanya dipandu laju di lebuhraya. Kemudian, asal ada peluang, si Fadil ini memotong di laluan kecemasan, lorong kiri juga jika boleh, mencuri laluan supaya dapat sampai awal ke tempat yang dituju.

Ayahnya ini (katanya) biarkan sahaja. Sampai di lokasi ayahnya tadi, ayahnya buka pintu dan keluar. Fadil dengan muka mencuka terus memecut ke tempat kerjanya.

Gambar Hiasan


Malam itu, beliau menanti Fadil pulang. Sekitar 8-9 malam, anaknya itu balik dengan wajah sugul. Anak-anak Fadil berlari mendapatkannya, dimarah-marahnya tak larat, tak mahu diganggu kerana penat dan stress.

Anak-anaknya nampak kecewa.

Beliau ceritakan kepada saya yang malam itu adalah momen keluarga paling besar antara beliau dan anaknya si Fadil. Katanya, beliau tanya semula, redakah Fadil menghantarnya pagi tadi, hingga sanggup menyakitkan hati pemandu lain (menghantar anak dan park atas jalan walau 1 minit), kemudian, mencarik-carikkan hati ayahnya sendiri dengan memandu semberono untuk sampai awal.

Fadil tergamam. Kata ayahnya, wajahnya berubah. Nampak menyesal.

Ayahnya cakap,

“dari dia kecil, asal kita minta tolong, dia tolong, namun begitulah perangainya. Dia akan balas dengan pertolongan yang dipaksa-paksa, kalau boleh disakit-sakitkan hati kita. Habis dia ingat yang dia tolong itu malaikat akan angkat sebagai pahala? Tak! Itu akan dicela-celanya, dihina-hina sekuatnya kerana kau menyakitkan hati orang dalam pertolongan kau. Macam mana rezeki nak masuk? Sebab itulah kau susah, duduk rumah aku sekian lama sedang anak-anak yang lain semuanya sudah begitu begini.”



Katanya lagi;

“Kita ini, di sosial media, iyalah semua benda bagus kita cerita. Kalau ada majlis, itulah muka nak selfie dengan kita. Konon kata kitalah nyawa mereka. Kita pun baca. Senyum sahajalah.

Namun apabila kita minta tolong, jika tak boleh tolong, cakap sahajalah. Tidaklah kau tolong, namun berbuat dengan menyakitkan hati kita. Kita orang tua. Faham jika anak-anak tak boleh tolong.

Jika dengan ibu bapa kalian berbuat begitu, kalian faham sendirilah mengapa rezeki selalu semput, selalu hati kalian itu kacau bilau, selalu dapat benda-benda resah di pejabat dan kerapnya diuji yang bukan-bukan.

Itulah.”

Saya diam sahaja. Nampak matanya merah.

Gambar Hiasan
“Ini Dato tolong servicekan kereta anak dato pula,” Saya cuba tukar topik. Cewah haha.

“hahaha. Yang ini satu hal, semua benda kita kena buatkan. Bongsu. Takpalah, dia hari-hari salam tangan kita, cium pipi kita nak pergi kerja. Jadi lainlah sikit dengan bongsu ni. Dia selalu buat kita senyum, minta tolong pun terus buat. Takdalah nak muka masam, nak itu nak ini, dia buat saja. Kita pun rasa senang nak tolong dia. hehe.”

Saya ketawa kecil. Kami sambung bersembang hal-hal lain.

Saya pulang ke rumah. Rasa berat juga dapat cerita yang begini. Masa muda-muda dulu rajin buat begitu dengan emak abah. Dan entah-entah dosa-dosa lama itulah menyebabkan hari ini diuji yang bukan-bukan.

Kita rasa kita hebat dapat tolong, namun setiap yang kita tolong itu bersama dengan keburukan hati. Lalu Tuhan murka dan mencela kita dengan ujian yang kita sendiri tak boleh terima.

O Allah. Itulah kami, selalu lupa. Maafkanlah.



Dan untuk hari ini dan esok, kita berubahlah. Semoga kita berbaik sahaja dengan setiap yang kita bantu dan tolong. Dan itulah yang dinamakan sebagai ikhlas.

Hari ini baru tahu, ikhlas juga adalah salah 1 dari pintu gerbang besar untuk rezeki masuk.

Begitulah.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "