Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tertekan Dengan Ruangan Dapur Yang Selalu Berselerak, 6 Tip Susun Atur Barang Dapur Ini Mungkin Menjadi Penyelesaiannya

26 Nov 2016
No Comment

Ruangan dalam rumah sudah semestinya mempunyai susun atur yang tersendiri, di mana terdapat ruang tamu, ruang bilik tidur, ruang keluarga, mahu pun ruang dapur. Ini dibahagikan mengikut kesesuaian rumah tersebut, supaya tampak kemas dan mudah diakses oleh seisi keluarga.

Setiap ruangan akan mempunyai susun atur atau dekorasi yang tersendiri, di mana perabot, atau perkakas akan diletakkan pada satu-satu sudut tertentu. Ianya tidak terkecuali juga, bagi ruangan dapur, yang akan sentiasa digunakan, sama ada sewaktu menyediakan hidangan, atau mungkin hanya untuk mendapatkan sesuatu makanan.

Tetapi, kebanyakan dari anda, khususnya kaum ibu dan wanita, mungkin akan mengalami sedikit kesukaran dalam memastikan susun atur di dapur tampak lebih praktikal, atau mudah untuk diakses. Lebih-lebih lagi, jika mempunyai banyak barang dapur yang perlu disusun. Adakah caranya supaya dapur lebih kemas dan tersusun? Ya, sudah tentu ada, berdasarkan perkongsian dari saudari Widyana Ali yang kongsikan tip untuk susun atur dapur. Jom kita lihat perkongsiannya.


Tips Susun Atur Barang Dapur Dari Saya Buat Kaum Wanita

1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli. Sebelum pergi shopping barang dapur, saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat "things to buy list"

2. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.

3. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai rm20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas2 yang sesuai.Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dsb.

4. Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.

5. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.

6. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos "Wahhhhh...banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah " *perlilah tu, hehehe*

Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Insya Allah..

Tip yang dikongsikan mungkin akan membantu anda dalam mengemas, atau menyusun atur ruangan dapur anda dengan lebih sistematik. Bagi yang baharu mengubah suai dapur, atau berpindah rumah, boleh rujuk tip ini untuk menampakkan ruangan dapur anda lebih tersusun. – Siakap Keli


Alhamdulillah dah pasang. Kukuh dan sangat berbaloi dengan harga rm41. Boleh maksimakan pintu sebagai tempat penyimpanan. Rak ada enam tingkat boleh diubah ikut suka. Sesuai untuk mereka yang suka tengok barang organized tapi open concept. Nota: Saya beli di kedai diy cawangan bandar puteri bangi tapi saya tak pernah jumpa di cawangan diy yang lain. Mungkin boleh tanya di kaunter jika ada.

BACA: Tip Untuk Memastikan Jangka Hayat Peti Sejuk Bertahan Lebih Lama, Juga Tidak Berbau
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "