UTSUNOMIYA, 23 Okt – Sekurang-kurangnya seorang maut selepas dua letupan menggegar sebuah taman di Utsunomiya, Tochigi Prefecture, utara Tokyo kata polis tempatan.
Menurut pihak berkuasa juga, dilaporkan tiga cedera dalam kejadian yang bertempat di kawasan sedang mengadakan satu festival keagamaan itu.
Kereta ditemui dalam keadaan terbakar di tempat letak kereta, namun punca letupan itu masih lagi belum diketahui.
Xinhua yang memetik NHK berkata saksi melaporkan ada bau serbuk letupan selepas kejadian. - Siakapkeli.my