Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Maut Selepas Terjatuh Keluar Dari Rahim Ibu, Suami Salahkan Hospital Kerana Suruh Isteri Berjalan ke Bilik Bersalin

23 Okt 2016


PATNA, India: Seorang bayi maut selepas terjatuh ke lantai apabila tergelincir keluar dari rahim ibunya di Hospital Muzzaffarpur di Bihar.

Insiden tersebut kemudian menyebabkan kemarahan ramai.

Dalam insiden yang berlaku pada Jumaat itu, seorang wanita hamil yang dikenali sebagai Puja Devi dikatakan terpaksa berjalan dari wad ke bilik bersalin selepas berasa sakit.

Keluarga berkata, Puja Devi diiringin dua jururawat berjalan dari wad ke bilik bersalin apabila bayinya tiba-tiba tergelincir keluar dari rahim dan mengalami kecederaan serius di kepala.

Bayi itu meninggal dunia tidak lama kemudian. 

"Pentadbiran hospital bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian itu. Isteri saya diarah berjalan ke bilik bersalin, bukan dibawa dengan pengusung walaupun sudah berasa sakit hendak bersalin," kata suaminya, Naresh Sah. 

Jururawat juga didakwa menyelar pesakit dalam bilik bersalin ketika beliau menangis selepas kehilangan bayinya, dengan Sah mendakwa mereka bertanya kepada isterinya: "Mengapa masih mahu anak ketiga walaupun sudah ada dua anak?

Pentadbir tempatan mengarahkan siasatan dibuat berhubung perkara itu.

"Kejadian ini amat serius. Kami mengarahkan siasatan dibuat. Berdasarkan laporan siasatan, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," kata majistret Muzaffarpur, Dharmendra Singh. - Agensi

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "