Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Biarkan Legasi Lama Berlalu', Najib Umum Visi Baru Negara, TN50

21 Okt 2016

PETALING JAYA, 21 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangka hala huju negara berdasarkan visi baharu yang diberi nama 'Transformasi Nasional 2050' atau TN50.

Selain itu, Najib juga berkata kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional bagi menjelaskan wacana nasional baharu itu.

"TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui.


"Biarlah TN50 jadi saksi, kita adalah bapa atau nenek moyang yang bertanggungjawab mewariskan (masa depan) yang terbaik dan terhebat kepada generasi hari muka (akan datang)," kata beliau sebagaimana lapor mStar Online.

Tambah beliau lagi, legasi TN50 akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah naungan beliau sendiri.

Sebelum ini, rancangan pembangunan negara berdasarkan Wawasan 2020 hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pembentangan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat, Najib berkata, sejak 2010, Malaysia berada di atas landasan visi Dasar Transformasi Negara (DTN).

Jelasnya, Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk generasi baharu berjaya mencapai sasaran dalam tempoh 30 tahun dan TN50 juga dijangka mengambil tempoh sama untuk proses dan gerak kerja.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "