Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#Bajet2017: Diskaun 15% dan 10% Langsai PTPTN Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Depan

21 Okt 2016


Kuala Lumpur, 21 Okt: Kerajaan bersetuju untuk memberi insentif diskaun kepada peminjam PTPTN berkuat kuasa esok sehingga akhir tahun depan bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik pinjaman terbabit.

Perkara itu diberitahu oleh Perdana Menteri, Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut beliau, diskaun 15 peratus akan diberi untuk baki hutang jika peminjam melangsaikan penuh pinjamannya.

"Insentif lain ialah diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

"Insentif juga membabitkan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau ‘direct debit’ mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "