Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Anda Seorang Peniaga, Anda Wajib Mengeluarkan Zakat Jika Cukup 6 Syarat ini

24 Okt 2016

Zakat merupakan rukun Islam ke TIGA. Dan sekiranya seseorang itu gagal menunaikan zakat, maka tidak lengkaplah rukun Islamnya.

Antara punca rukun ini gagal disempurnakan adalah orang Islam itu sendiri tidak tahu dia wajib mengeluarkan zakat. Jadi, jika anda memenuhi enam syarat ini, anda wajib mengeluarkan zakat.

1 - Islam
Hanya orang Islam sahaja dikenakan zakat.

2 – Merdeka
Bukan hamba kepada manusia lain.

3 - Sempurna Milik
Harta yang anda miliki adalah kepunyaan anda dan anda berhak menguruskan
 harta-harta itu.

4 - Cukup Haul
Tempoh pendapatan atau simpanan sudah cukup setahun

5 - Cukup Nisab
Paras minima yang menentukan sama ada harta tersebut wajib dizakatkan.

6 - Niat Berniaga (Untuk peniaga sahaja)
Sekiranya anda seorang peniaga; biarpun kecil-kecilan; anda wajib mengeluarkan zakat.

Selain itu, beberapa punca lain juga menjadi penyebab mengapa orang Islam tidak menjalankan ibadah zakat dengan sempurna iaitu tidak tahu dimana ia patut disalurkan, menganggap perniagaan kecil-kecilan tidak perlu berzakat, tiada masa dan memilih untuk mengagihkan sendiri.

Jadi, kami akan pecahkan punca-punca ini menjadi pecahan bagi menyenangkan pemahaman untuk berzakat.

1 - Tidak tahu dimana patut disalurkan
Di Malaysia, kuasa pengutipan zakat adalah dibawah bidang kuasa negeri masing-masing. Ini bermakna, setiap negeri mempunyai badan atau institusi yang bertanggungjawab untuk mengutip/mengagihkan zakat.

Seperti contoh, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur boleh membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi saluran yang boleh dirujuk di https://www.zakat.com.my/kaunter. Sementara itu, agihan pula dilakukan oleh Baitulmal-MAIWP.

2 - Tidak Tahu Kira
Pihak PPZ-MAIWP telah melaraskan beberapa cara untuk mengira zakat berdasarkan saiz perniagaan. Ini adalah tiga kaedah pengiraaan sepertimana yang diberikan oleh PPZ-MAIWP.

a) Kaedah pengiraan 1 - Modal Kerja (Working Capital)
(Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan)* x % Pemilikan Saham
Muslim x 2.5%

*Kaedah pengiraan ini sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.

b) Kaedah Pengiraan 2 - Modal Berkembang (Growth Capital) (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset

Separuh Tetap +/- Pelarasan) * x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5% *Kaedah ini pula sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa.

c) Sekiranya tiada akaun
*Kaedah pengiraannya: Untung bersih x 2.5%. Contoh para peniaga pasar malam, gerai dan lain-lain lagi.

Tak dinafikan kaedah pengiraan ini sedikit kompleks. Jadi, untuk memudahkan proses pengiraan, pihak PPZ-MAIWP telah mencipta kalkulator atas talian untuk mengira zakat di https://www.zakat2u.com.my atau boleh hubungi terus pihak PPZ-MAIWP di Talian Zakat 1-300-88-5757 untuk pertanyaan dan pembayaran.

3 - Tiada masa
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pihak PPZ-MAIWP turut menyediakan cara pembayaran zakat secara atas talian, khususnya bagi orang ramai yang kesuntukan masa untuk membayar zakat. Pembayaran boleh dibuat secara online di laman https://www.zakat2u.com.my/payment/fast.

4 - Memilih untuk mengagih sendiri
Ada juga dalam kalangan pembayar zakat yang suka mengagihkan zakat tanpa melalui saluran yang ditetapkan iaitu dengan mengagihkan sendiri zakat mereka. Tapi, cara ini boleh menimbulkan beberapa persoalan iaitu :

1. Bagaimana status asnaf (penerima zakat) itu ditentukan?
2. Adakah mereka benar-benar layak?
3. Wang zakat hanya untuk 8 golongan asnaf
4. Ramai yang mengagihkan zakat mereka kepada ibu tunggal dan anak yatim
sedangkan ianya tiada dalam senarai 8 golongan asnaf

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai zakat, orang ramai khususnya para peniaga boleh melayari http://www.zakat.com.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "