Tindakan kerajaan China membina penempatan di kawasan terumbu karang di Laut China Selatan dengan mewujudkan pulau-pulau kecik baru di kawasan Kepulauan Spratly telah menimbulkan kebimbangan negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sendiri.
Memetik laporan New York Times, ia terjadi berikutan perkembangan geopolitik di kawasan berkenaan yang menjadi pertikaiaan pemilikan kawasan sempadan di sana.
Negara berkenaan dilaporkan telah membina kemudahan pelabuhan, bangunan tentera dan landasan kapal terbang di pulau-pulau kecil, dan imej baru-baru dan video ini menunjukkan bukti dua lagi lapangan terbang kecil dalam pembinaan.
Kawasan Kepulauan Spratly berkenaan menjadi rebutan antara beberapa buah negara iaitu Malaysia, Filipina, Indonesia, China dan Vietnam.
Namun tindakan China yang menceroboh kawasan yang kaya dengan hasil bumi ini telah menimbulkan kerisauan terutama Vietnam di mana sebahgian besar Kepulauan Spratly berada di dalam kawasan sempadan mereka.
Kedudukan kepulauan ini dikatakan terletak 500 batu dari tanah besar China. di mana pertikaiaan ini turut menjadi salah satu topik utama perbincangan antara Presiden Obama dan Presiden China, Xi Jinping semasa lawatan presiden ke Rumah Putih
Pencerobohan China ini perlu diambil perhatian kerana sebahgian kecil Kepulauan Spratly berada di dalam kawasan Malaysia. Jangan kerana pembinaan yang dilakukan China ini membaut kan detik hitam kita berulang kembali selepas kehilangan Pulau Batu Puteh ke tangan Singapura. - Siakapkeli.my
Antara base tentera dan struktur yang telah dibina di kepulauan lain.