Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini : Datuk Jamal Md Yunos Ditahan Dibawah Seksyen 105

25 Sep 2015

Kuala Lumpur, 25 Sept - Salah seorang penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam tadi di IPD Ampang Jaya.

Beliau ditahan dibawah Seksyen 105 Cegah Kesalahan Jenayah berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada petang tadi untuk memberi keterangan.

Dia (Jamal) diminta tampil ke IPD Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Petaling Street, petang ini,” katanya memetik laporan dari Bernama.

Jamal sebelum ini berkata beliau yakin 99 peratus akan terjadi satu rusuhan di Petaling Street pada Sabtu ini sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu monopoli bukan melayu di kawasan tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "