[Update] : Pesawat terbabit bukannya membuat pendaratan cemas, tetapi ditunda di landasan berikutan keadaan ribut pasir yang teruk.
Pesawat masih lagi berada di dalam kawasan lapangan terbang dan bukannya mendarat cemas seperti yang di dakwa.
Jeddah : Satu video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang memaparkan kejadian sebuah pesawat yang membuat pendaratan cemas di jalan raya menjadi viral di media sosial.
Memetik laporan dari Bernama Radio24, pesawat terbabit membuat pendaratan cemas di tepi jalanraya di Jeddah Arab Saudi dan perkara itu disahkan oleh Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.
Difahamkan pesawat terbabit membuat pendaratan cemas berikutan ribut pasir kuat yang melanda kawasan terbabit.
Namun, pihak Malaysia Airlines berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan video pesawat terbabit dan berkata semua pesawat Malaysia Airlines mendarat di Jeddah dengan Selamat.
Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian - Siakapkeli.my