Ketika sebuah persidangan Islam sedang rancak dijalankan di Pontoise, di pinggir Paris di Perancis tiba-tiba dua orang wanita tidak berbaju telah menyebu masuk naik ke atas pentas.
Ketika kejadian dua orang sedang memberikan ucapan dan tidak semena-mena dua orang wanita itu melompat naik ke pentas merampas microfon sambil menayang buah dada mereka yang tertulis "tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,”.
Keadaan itu menyebabkan dua oang imam yang sedang memberi ucapan itu terpaksa beredar dari pentas.
Kerana tindakan itu, pihak keselamatan telah naik ke pentas bertindak menolak mereka turun dan kelihatan seorang daripada wanita itu disepak.
Femen merupakan satu pertubuhan yang diasaskan di Ukraine pada 2008, menggunakan cara bogel bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan atau mana-mana pertubuhan yang tidak sebulu dengannya. - Siakapkeli.my