Jerebu: Segala Aktiviti Lumpuh, Riau Diisytihar Darurat Berikutan Bacaan IPU Melebih 1000
Pihak berkuasa Indonesia hari ini telah mengisytiharkan darurat di Riau berikutan wilayah berkenaan kini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang amat merbahaya.
Wilayah berkenaan sehingga hari ini telah mencatat bacaan IPU melebihi bacaan 1000 dengan tahap penglihatan tidak sampai 100 meter di mana kerana keadaan ini segala aktiviti akonomi dan sosial termasuk di Lapangan Terbang Internasional Sultan Syarif Kasim II lumpuh.
Pemangku Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman sebagai berkata ibu kota Riau iaitu Pekanbaru berada dalam keadaan sangat tidak sihat.
"Pekanbaru sudah tidak layak untuk dihuni kerena kualiatas udaranya sudah berbahaya. Angka polutan (pencemaran) yang baru saya dengar mencapai 1,000 lebih," katanya.
Sementara itu Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Republik Indonesia, Siti Nurbaya Bakar dipetik sebagai berkata pihak berkuasa tempatan di Riau telah diarah untuk membuka pos kesihatan bagi memberi bantuan kepada masyarakat setempat.
Melalui kementeriannya, mereka kini sedang berusaha memadam kebakaran ladang di Jambi dan Sumatera Selatan yang menjadi punca utama kejadian jerebu termasuk Malaysia dan Singapura.
"Sehingga kini sebanyak 18 juta liter (air) di Riau dan 12 juta liter di Sumatera Selatan telah digunakan untuk memadam kebakaran dan projek pembenihan awan juga telah dijalankan," katanya. - Siakapkeli.my