KELANA JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata seramai enam jemaah Malaysia masih belum dapat dikesan selepas tragedi kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram pagi tadi.
Menurut beliau, 6 yang gagal dikesan adalah 2 jemaah lelaki dan empat jemaah wanita.
Jelasnya juga, kini pihak Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggari bagi mencari jemaah haji Malaysia yang hilang sehingga mereka ditemui semula.
Jamil Khir |
"Marilah kita bersama-sama berdoa dan mohon ke hadrat Ilahi akan keselamatan kesemua jemaah, khususnya jemaah Malaysia di Tanah Suci", jelas beliau memetik laporan Astro Awani.