Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPAD Sita 10 Buah Kereta GrabCar Kerana Beroperasi Tanpa Lesen

12 Sep 2015
No Comment


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) semalam telah menjalankan Operasi Revus Tegas bagi membanteras penglibatan kereta persendirian berkenaan yang beroperasi sebagai GrabCar.

Operasi telah dijalankan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya melibatkan 51 orang anggota  bagi mengesan kegiatan GrabCar ini dan memantau operasi teksi yang tidak menggunakan meter.

Operasi kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai teksi adalah salah disisi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai lesen pengendali.



Dalam operasi ini pihak SPAD telah menyita 10 buah kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai GrabCar dan 8 buah teksi yang beroperasi tanpa menggunakan meter.

Jenis-jenis kenderaan yang disita adalah 8 buah teksi, 2 buah Produa Alza, Hyundai Starex, Honda City, Nissan Almera, Myvi, Kia Rio, Suzuki Swift, Grand Livina dan Hyundai Matrix.

Dalam pada itu pihak SPAD menegaskan operasi tersebut akan dijalankan lebih meluas dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan GrabCar ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "