KUALA LUMPUR: Setakat ini tidak ada lagi jemaah Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden rempuhan di Mina, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. .
Kerja-kerja mengesan jemaah haji dari negara ini sedang dilakukan oleh pihak Tabung Haji (TH) buat masa ini.
"Setakat ini, tiada lagi mangsa, tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru saja berlaku.
"Kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah tetapi berlaku di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di sini," katanya memetik Berita Harian.
CNN dalam laporan terbarunya melaporkan lebih 300 jemaah haji terbunuh dalam kejadian himpit-menghimpit di luar Mekah, sementara itu 400 orang lagi dilaporkan cedera dalam kejadian di Mina, kira-kira 5 kilometer dari Mekah.
Operasi menyelamat sedang dijalankan buat masa ini. -Siakapkeli.my