Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tabung Haji Belum Terima Laporan Jemaah Malaysia Terlibat Dalam Kejadian Rempuhan Di Mina

24 Sep 2015


Lembaga Tabung Haji buat masa ini belum menerima sebarang laporan membabitkan jemaah Malaysia berhubung kejadian rempuhan manusia di Mina.

Petugas di Pusat Talian Lembaga Tabung Haji sebentar tadi memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan daripada pihaknya di Tanah Suci.

"Kami belum terima lagi laporan tentang kejadian tersebut. Kami masih menunggu maklumat lengkap dari sana.

"TH akan maklumkan segala perkembangan dari semasa ke semasa. 

"Mana-mana ahli keluarga jemaah haji yang ingin mendapatkan maklumat boleh hubungi Pusat Talian Tabung Haji," demikian menurut petugas berkenaan memetik Antarapos.

Sekurang-kurangnya 220 orang maut dalam insiden rempuhan manusia yang berlaku di Mina, lapor Kementerian Pertahanan Awam Arab Saudi memetik laporan dari AP.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 400 jemaah yang lain cedera di dalam kejadian itu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "