Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terbaik! Hanya Dengan RM3.80 Anda Boleh Menikmati Chiken Chop Yang Menyelerakan Ini

17 Sep 2015
No Comment

Pada kebiasaannya sudah pasti kita tahu makanan barat adalah tergolong dalam makana premium dan harganya sudah pastilah agak mahal.

Tetapi apabila ia diusahakan oleh anak tempatan harga yang selalunya mahal kini boleh dijual dengan harga murah dan sebelum ini pun kita pernah mendengar ada orang menjual Chiken Chop iaitu salah satu makanan barat paling popular di Malaysia dengan harga RM5.

Tetapi tahukan anda sebuah restoran yang terletak dipinggir bandar Kuala Terengganu bernama Nur Qaseh Chicken Chop (NQCC) di Kampung Teluk Ketapang ini menyediakan Chiken Chop yang lagi murah iaitu RM3.80?


Kalau dilihat dari gambarnya ternyata ia amat berbaloi tidak padan dengan harganya menyebakan ia dikatakan menjadi tumpuan ramai pelanggan dari sini dan luar Terengganu terutamanya dari  Kedah dan Negeri Sembilan.

Dengan harga RM3.80, Chiken Chop berkenaan mungkin yang termurah di Malaysia kerana ketika ini admin sendiri belum pernah jumpa Chiken Chop semurah itu.

Selain Chicken Chop dijual dengan harga RM3.80, kedai diusahakan Halijah Mariam Hashim, 36, menyediakan beberapa menu makanan Barat seperti Fish & Chip (RM5.80), Meat Ball (RM4.80), Meat Ball Cheese (RM5.80), Spaghetti Meat Ball (RM6.80) dan Salmon Chips (RM6.80).


Restoran ini beroperasi jam 6 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali Rabu dan pada jam 7-8 malam ia akan ditutup sebentar bagi menghormati waktu Maghrib manakala pada waktu lain terutamanyan selepas pukul 8 malam ke atas  NQCC ini sentiasa dipenuhi pelanggan sehingga ada yang menunggu

Tagline yang digunakan oleh kedai ini memang kena dengan harga servis makanan yang ditawarkannya ialah "Berkongsi Rezeki" di mana kebanyakkan orang ramai menganggap pemilik restoran berkenaan berniaga sambil bersedekah kerana terlalu murah. Selain itu restoran ini juga dikatakan menyediakan khidmad perhantaran ke rumah bagi kawasan sekitar.


                                Gambar berdasar perkongsian pengguna di Facebook

Menurut ibu kepada dua anak lelaki berusia empat dan 10 tahun itu, dia memulakan perniagaan itu sejak 11 bulan lalu dengan niat untuk membantu suaminya Azhar Yusof, 40, dan adik-beradiknya dengan idea menjual Chicken Chop dengan harga rendah timbul selepas fenomena nasi bajet.

Admin doakan restoran NQCC ini akan semakin baju, murah rezeki dan perniagaan akan berkembang dengan lebih banyak cawangan dibuka. - Siakapkeli.my

Facebook Nur Qaseh Chicken Chop (NQCC)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "