Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Sekolah Ditahan Kerana Cuba Jual Murid Albino

17 Sep 2015


Mahu mendapatkan duit beribu-ribu dolar, seorang guru di Malawi ditahan polis kerana dipercayai mahu menjual seorang murid wanita albino kepada seorang lelaki Tanzania.

Suspek, Phillip Ngulube dilaporkan bakal memperolehi sekitar enam juta Kwacha atau bersamaan RM43,000 sekiranya berjaya menjual mangsa kepada pembeli, yang juga seorang ahli perniagaan itu.

Menurut jurucakap polis tempatan, mangsa mungkin akan dibunuh untuk mendapatkan organ badannya sekiranya suspek tidak ditangkap.

Bagaimanapa Ngulube mendakwa gadis itu adalah teman wanitanya sebaik sahaja dia ditahan.

Sebelum ini beberapa orang dibicarakan di Afrika kerana didakwa menculik, mencacatkan dan membunuh golongan albino kononnya untuk mendapatkan bahagian badan mereka untuk memperolehi kuasa ajaib.

“Beratus-ratus orang daripada golongan albino, majoriti daripada mereka kanak-kanak, terbunuh, cacat dan diserang dalam sekurang-kurangnya 25 negara-negara Afrika, kerana kepercayaan bahawa bahagian-bahagian badan mereka memberikan kuasa ajaib.

“Lebih banyak kes-kes tidak direkodkan kerana pengasingan mangsa, kerahsiaan mengenai amalan ritual, dan sikap acuh tak acuh. Mengejutkan, jenayah itu jarang disiasat atau didakwa,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad al-Hussein dalam satu kenyataan sempena Hari Kesedaran Albino Antarabangsa yang pertama pada 13 Jun lalu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "