"Saya Ingat dia Macam Cucu Saya" - Mohamad Sabu
Berikutan gambarnya bersama seorang amoi tersebar ketika perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu tampil memberi jawapan tentang perkara itu.
"Saya ingat dia macam cucu saya. Itu juga bukan jadi amalan kita. (Ia berlaku) di tengah ratusan ribu manusia, bukannya di taman bunga dan di tepi pantai,", kata beliau.
"Kejadian yang langsung tak dirancang oleh sesiapa. Orang puluhan ribu datang ambil gambar. Adalah bapa dan anak, bapa sebelah kanan (mahu) berselfie.
"(Dan) anaknya yang begitu muda (pula). Saya ingat (dia) macam budak sekolah, dianggapnya saya ini macam atuknyalah," kata beliau memetik laporan MalaysiaKini.
Tambah beliau lagi, walaupun dia dkelilingi oleh rakan-rakan yang mengawal pergerakannya, dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan kehadiran ribuan peserta yang mahu bergambar dengan beliau.
"Saya ingat budak tu macam cucu saya, (ketawa). Di tengah-tengah ramai yang hadir walau saya dikelilingi kawan-kawan yang menjaga. Nak jalan seratus meter pun kadang-kadang sampai sejam. Orang datang ambil gambar," katanya. - Siakapkeli.my