Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pulau Pinang Arah Tangkap Anjing Liar Sebagai Langkah Cegah Wabak Anjing Gila, Pencinta Haiwan Lancar Petisyen Bantahan

18 Sep 2015
No Comment


PULAU PINANG: Berikutan dua kes wabak anjing gila atau Rabies dilaporkan yang dikesan berlaku di mana ia telah menjangkiti seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun di Seberang Prai dan Balik Pulau, kerajaan negeri dikatakan telah memberi lampu hijau kepada pihak Jabatan Veterinar untuk menangkap dan memusnahkan semua anjing-anjing liar yang berkeliaran di negeri tersebut.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dikatakan telah mengeluarkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 diwartakan di bawah subseksyen 42(4) Akta Binatang 1953 [Akta 647],  yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya

Beliau dikatakan telah bersetuju dan menandatangani perintah tersebut berkuatkuasa selasa selepas tiga negeri di utara tanah air telah Diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan wabak anjing liar iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir." 

"Jika mereka dilepaskan, ia seperti anjing tiada tuan menyebankan pemilik risiko anjing mereka ditangkap dan dimusnahkan ada," kata Lim pdipetik dari The Malaysian Insider.

Kata Lim lagi, keadaan itu adalah kritikal dan Pulau Pinang dan langkah pencegahan perlu diambil untuk menghantikan penularan wabak ini.

Negeri kesihatan exco Dr Afif Bahardin menggesa orang ramai untuk memahami keadaan dan keperluan untuk mengambil ini drastik, yang pertama kali dikesan di Perlis.

Beliau berkata kes terakhir Malaysia penyakit anjing gila adalah pada tahun 1999 dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia mengisytiharkan Malaysia bebas wabak anjing gila percuma 2012. Beliau percaya bahawa kes baru berasal dari Thailand.

BACA: Kes Baru Wabak Anjing Gila Direkodkan, 3 Negeri Diisytihar Sebagai Kawasan Jangkitan

Wabak anjing gila atau Rabies ini adalah penyakit yang merebak dari haiwan kepada manusia melalui gigitan dan pemindahan mukus atau air liur, dan boleh menyebabkan kematian. Penyakit ini menyerang sistem saraf pusat, menyebabkan demam dan kejang otot.

Bagaimanapun tindakan kerajaan Pulau Pinang tersebut untuk menangkap anjing liar bagi mencegah penularan wabak berkenaan dilihat mendapat tentangan daripada pencinta haiwan.

Satu petisyen membantah tindakan tersebut telah dilancarkan untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan Pulau Pinang tersebut menangkap anjing liar.

PETITION

Berdasarkan tulisan bersama petisyen berkenaan, mereka menuntut agar Lim Guan Eng menimbang semula tindakan tersebut dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mencegah penularan wabak anjing gila tersebut.

"Membunuh setiap anjing liar bukanlah satu jawapan kerana adakah setiap kali seekor anjing liar dijangkiti wabak ini semua anjing perlu dibunuh dengan kejam? bagaimana dengan anjing liar yang tidak dijangkiti."

"Tidak adakah vaksin yang ada untuk mencegah wabak ini daripada menyebakan kematian sia-sia anjing yang tidak bersalah," tulis mereka di laman petisyen berkenaan.


Sehingga kini petisyen berkenaan yang dilancarkan semalam telah ditandatangai oleh 2,550 orang di mana target mereka adalah 10,000 tandatangan petisyen.

Sementara itu, topik ini telah menjadi perbincangan hangat di laman sosial.

Seorang pengguna Facebook bernama Mahayu Shaari berkata "Tolong la hentikan semua kezaliman ini...kalau ye pun ade penyakit anjing gila...xkan smua nak dibunuhnya!!!!!!carila alternatif lain supaya penyakit ini dapat dibendung..bukan cara mcm ni..."

Veinne June pula berkata "Tak peeeee....bunuhhhh jeeee....pukuullll smuuaaaa anjing yg ada depan mata!! Kalau itu yg buat smuaaa puas hati!!! Nk bunuh, bunuh cara sepatut nye!! Ni nak pukul bagai ape ntah!! Mcm anjing tu raksasa nk mkn org!! Tk nye nk bendung dulu ke ape ke...ni smuuuaaa anjing nk d bunuh cara kejam!! Bab2 mcm ni lajuuuu nak banteras!! Isu2 yg lebih berat kat luar tu... bekurun abad nk settlekan!! Yg tk suka anjing kat luar tu senyummmm lebar! Kompom uztaz uztazah celop ramai mengomen! Mcm tk de cara lain nk bunuh...pukul jugak d pilihnye! Betul kata MySarah SeeMaa..guna tembak pelali ke ape ke dulu baru nk pts kan! Bukan pukul!! "


Bagaimanapun tidak semua menentang di man ada yang membela tindakan berkenaan kerana menyifatkan adalah satu keadaan yang memaksa demi mengelak penularan wabak berkenaan.

Pengguna Facebook Mohammad Faiz berkata "Penyakit anjing gila ni sejenis wabak..dn sngt mudah merebak.kita bkn ahli perubatan yg pakar dlm bidang ni..jd jgn terus label mereka zalim.bc dulu info tentng penyakit anjing gila ni.."

Sementara itu, Emma Cuppuchinopinklover pula memberi cadangan "Boleh x guna cara senapang untuk tembak jarum berisi ubat pelalu untuk tangkap anjing-anjing liar ini...jangan cara pukul." Siakapkeli.my

Sumber rujukan: Bernama, The Malaysian Insider, The Star Online Malaysiakini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "