SUBANG JAYA: Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.
“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.
“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari FMT.
Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat Kevin.
Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu. - Siakapkeli.my
Main sumbat sumbat jer.. Manusia dah hilang pertimbangan.
BalasPadam