Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, syarikat telekomunikasi Digi menampilkan sebuah video bertajuk 'Nama Paling Popular: Malaysia 2015' sebagai usaha menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat.
Berdurasi selama dua minit, ia memaparkan kisah seorang wanita India, yang mempunyai nama yang unik iaitu Malaysia Rani.
Dia bersama pengacara dibawa sekitar Kuala Lumpur untuk bertanyakan soalan rawak kepada orang ramai, "Apakah nama negara yang paling banyak dipilih untuk bayi?"
Rata-ratanya gagal memberikan jawapan yang tepat, dan apabila diberitahu Malaysia merupakan pilihan paling tinggi, mereka semuanya terkejut.
Malah menambahkan lagi kejutan mereka apabila Malaysia Rani mengeluarkan kad pengenalannya untuk ditunjukkan kepada orang ramai bahawa dia adalah salah seorang daripada yang mempunyai nama unik itu.
Bukan itu sahaja, Digi turut membawa rakyat negara ini mengenal seorang lagi individu yang juga mempunyai nama Malaysia.
Tun Malaysia Venecia Zaman Riera merupakan seorang gadis campuran Malaysia sebelah bapanya dan Venezuela pula sebelah ibunya. Video bertajuk 'Finding Malaysia: Digi Malaysia Day 2015' memaparkan pertemuan dua wanita ini. -Siakapkeli.my