Mohamad Putera Zainuddin, 21, sebak ketika memikirkan apa yang ibunya fikir dan lalui ketika meninggalkan dia yang pada ketika itu berusia 10 hari di sebuah perhentian bas dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.
“Saya sebak. Terlintas di fikiran apa yang ibu fikirkan dan perasaannya ketika meninggalkan saya yang baru berusia 10 hari di tempat itu bersendirian," luah Putera.
Selepas kisah Mohamad Putera pernah kami siarkan sebelum ini dan tular setelah dia memuat naik keratan akhbar dan menyatakan hasratnya untuk mencari ibu-bapa kandungnya.
BACA: Saya Bayi Umur 10 hari Yang Ditinggalkan Di Perhentian Bas 23 September 1996 Lalu
Buat pertama kali, dia yang tinggal bersama keluarga angkatnya di Muar, Johor telah dibawa kembali mengunjungi lokasi dimana dia ditinggalkan dan dijumpai 21 tahun lalu di Kampung Megat, Kuantan, Pahang.
Kisah kunjungan beliau kali ini mendapat perhatian pihak Astro yang dibawakan dalam rancangan Bismillahadduha, iaitu sebuah program bual bicara pagi yang ditayangkan oleh Astro Oasis.
Beliau telah dibawa bertemu dengan orang yang menjumpainya di hentian bas berkenaan pada 21 tahun lalu iaitu Encik Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Pakcik Hamid.
Menurut Pakcik Hamid, beliau menjumpainya ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja kira-kira jam 7.30 pagi sebelum diserahkan kepada Ketua Kampung.
Putera Bergambar dengan jeluarga Pakcik Hamid
Menurut Putera, ketika ditemui pakcik Hamid, dia telah ditinggalkan di dalam kotak di hentian bas berkenaan.
"Selepas mendekati kotak itu dia ternampak tangan saya terkapai-kapai menyebabkan dia memanggil peniaga kedai runcit di hadapan perhentian bas berkenaan untuk membantu," jelasnya.
Peniaga kedai berkenaan dikatakan ada mendengar bunyi enjin sebuah kereta yang berhenti berhampiran kedainya sebelum mengetahui ada bayi ditinggalkan di situ.
Putera bergambar dengan Ketua Kampung
"Pada 5.30 pagi, peniaga itu dengar bunyi kereta dan mungkin itu ibu saya. Namun sehingga kini tiada petunjuk untuk saya mengetahui siapa sebenarnya ibu saya," katanya yang memaklumkan dibantu Ketua Kampung Megat, Mohammad Jafri Maarof dalam usaha jejak kasihnya itu.
Mohammad Jafri menunjukkan tempat Putera dijumpai
Selepas berita penemuan bayi di perhentian bas itu pada 21 tahun lalu, Mohammad Jafri merupakan antara orang yang terawal ke lokasi kejadian.
Tambah Mohamad Putera lagi, dia akan meneruskan usahanya mencari ibu bapa kandungnya.
"Pada Disember nanti, saya akan ke Bachok, Kelantan untuk jumpa jururawat yang pernah merawat saya di Klinik Gambang selepas ditemui
"Mana tahu usaha saya membuahkan hasil," katanya.
Jom lihat Video detik-detik Putera ditemukan dengan wajah-wajah mereka yang menjumpainya dan bagaimana reaksi kembali semula ke stesen bas selepas 21 tahun berlalu.
Putera ditemukan dengan (bekas) ketua kampung, Encik Mohammad Jafri Maarof .
Putera ditemukan dengan Pakcik hamid.
Reaksi Putera dibawa kembali ke lokasi dia ditemui.
Sumber: Bismillahadduha, Harian Metro
Ayo daftarkan diri Anda di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)
BalasPadampin bbm 7ACD8560
Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
BalasPadamDi Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..
AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
BalasPadamgampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
Keperitan yang lepas jika kita TUKAR ia menjadi sesuatu yang positif, akan menjadi keistimewaan untuk anda. Seseorang yang positif berkeupayaan menjadikan yang negatif menjadi positif dan hebat.
BalasPadam