Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Takut Makan Nasi Sebab Banyak Kalori, Saintis Sudah Temui Cara Untuk Kurangkan Kalori Hingga 60 Peratus Dalam Nasi

15 Mei 2018

Nasi adalah antara ciri utama yang menjadi lambang banyak negara dan rakyatnya, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia. Nasi sebagai hidangan tak kira sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam bukan perkara asing buat kita. Satu hari tak makan nasi, badan boleh jadi 'lembik'. Itulah hakikatnya walaupun ramai yang dah tahu nasi sebenarnya mengandungi kalori yang tinggi. Dan ia, petanda tidak baik untuk kesihatan sebenarnya.

Di Asia, dianggarkan seramai 90 peratus populasinya menjadikan nasi sebagai makanan ruji. Malah di bahagian lain, walaupun nasi bukanlah makanan utama, namun masih ramai yang mengambil nasi setiap hari. Jadi boleh dikatakan, hampir semua warga dunia pernah menjadikan nasi sebagai makanan mereka.


Beras menjadi pilihan memandangkan ia mudah disediakan, dan mudah dihidangkan dengan juadah-juadah yang lain. Tak kisahlah rendang, masak merah, gulai kari, masak lemak, semuanya tetap enak jika dimakan bersama nasi.

Bagaimanapun, seperti makanan-makanan lain yang tinggi kanji, beras turut mempunyai keburukkannya. Ia tidak baik untuk anda. Pengambilan nasi secara kerap mempunyai kaitan dengan penyakit kencing manis. Satu cawan nasi mengandungi sebanyak 200 kalori, yang mana terhasil daripada kandungan kanjinya. Kanji ini kemudian ditukar menjadi gula dan akhirnya melekat di badan sebagai lemak.

Tetapi, tak ada ke cara untuk mengurangkan kalori dalam nasi ni?

Sebenarnya ada. Baru-baru ini, seorang pelajar di Kolej Sains Kimia di Sri Lanka mendakwa menemui cara untuk mengurangkan kalori dalam nasi sehingga 60 peratus. Kaedah yang digunakan sangat mudah dan tradisional, hanya menggunakan manipulasi tindakan kimia ringkas, ia bahkan boleh menjadikan nasi anda semakin banyak khasiat.


''Apa yang anda perlu buat adalah memasak seperti biasa, tetapi ketika air mendidih, sebelum beras dimasukkan, anda cuma perlu tambah minyak kelapa sebanyak 3 peratus daripada jumlah berat beras yang anda masak.

''Apabila nasi itu siap di masak, sejukkan di dalam peti ais selama 12 jam. Ia sudah siap untuk dimakan,'' kata Sudhair James yang membentangkan hasil kajiannya di National Meeting & Exposition of the American Chemical Society (ACS).

Macam mana ia berfungsi? Anda cuma perlu faham sedikit mengenai kandungan kimia makananan. Bukan semua kanji yang ada dalam makanan adalah sama. Sesetengan kanji boleh dihadam dengan mudah dan bertukar menjadi glukos seterusnya menjadi glisogen. Jumlah glisogen yang berlebihan ini akan melebarkan saiz kita sekiranya kita tidak mengeluarkan tenaga yang cukup untuk membakarnya.

Manakala kanji lain ataupun istilahnya resistant starch, ia mengambil masa yang sangat lama untuk diproses. ia tidak ditukar menjadi glukos ataupun glisogen kerana ketidakupayaan sistem badan untuk memprosesnya.


Bagaimanapun kajian yang dibuat menunjukkan ada kemungkinan bahawa cara-cara kanji ini diproses boleh diubah, dan ia bergantung kepada bagaimana makanan itu disediakan.

''Jika kamu mengurangkan kandungan kanji yang boleh dihadam dengan cara mengukus nasi, kamu boleh mengurangkan kandungan kalori tersebut,'' kata Dr. Pushparajah Thavarajah yang menyelia penyelidikan dibuat oleh James.

Menyedari kewujudan fakta tersebut, mereka berdua kemudian menguji 8 jenis resipi dengan menggunakan 28 jenis beras berbeza yang ada di Sri Lanka. Hasil kajian mereka mendapati dengan menambah lipid (dalam kajian mereka menggunakan minyak kelapa) kemudian menyejukkannya terlebih dahulu, mereka mendapati penurunan mendadak kandungan kanji dalam nasi, malah ia lebih berkhasiat.

Prospek cerah pengurangan kanji dalam sesuatu makanan adalah satu perkara yang sangat penting bagi dunia masakan dan kesihatan. Kadar obesiti meningkat di mana-mana bahagian dunia kini. China dan India yang kini menghadapi masalah obesiti merupakan antara pengguna utama beras. Namun, pengurangan jumlah kalori dalam secawan nasi walaupun cuma 10 peratus, ia sebenarnya sangat baik untuk generasi akan datang.

''Obesiti adalah masalah di Amerika Syarikat, namun di Asia ia kini mula menjadi satu masalah. Orang ramai kini makin lebih banyak nasi, dan ia tidak sihat,'' kata Dr. Thavarajah.



Sumber : The Washington Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "