Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kerana Curang Dan Tiada Dara, Peninju MMA Kerat Teman Wanita, Buang Dekat Taman Bunga

31 Mei 2018
Kejadian berlaku di daerah Banqiao, Taipei apabila status 'dara' seorang wanita membuatkan dia dibunuh oleh teman lelakinya sendiri.

Pembunuhan berlaku apabila teman lelakinya yang merupakan seorang peninju Mixed Martial Arts (MMA) berasa tertipu dengan statusnya yang masih dara dan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Berdasarkan rakaman CCTV dibawah, menunjukkan lelaki tersebut, Gary Chu, 28 tahun membawa tujuh plastik sampah berisi keratan mayat mangsa untuk dibuang di sebuah taman berhampiran rumahnya.


“Saya berasa tertipu dan dikhianati apabila dia berbohong kepada saya bahawa beliau adalah seorang dara ketika kami mula berkenalan di aplikasi Tinder.

“Saya juga mengesyaki bahawa dia juga berlaku curang dan sedang berkenalan dengan lelaki lain di aplikasi tersebut,” tulis Chu dalam satu pautan di akaun peribadi Facebooknya.



Keesokan harinya, polis menjumpai potongan mayat Yee-min yang bertaburan di taman bunga manakala mayat Chu ditemui di atas pokok berhampiran Hospital Kementerian Kesihatan dan Kebajikan di daerah Xinzhuang dengan nota bunuh diri "dia menyalahkan saya".


Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "