Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tiba-Tiba Dia Letak Sebutir Jam Dalam Kocek Baju Saya, Terus Suruh Bayar RM 200'', Taktik Paksa Pengunjung Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menakutkan

7 Mei 2018
2 ulasan

Bercuti ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong memang sesuatu yang menyeronokkan. Namun yang tidak manis didengar, kejadian 'paksa beli' oleh individu-individu yang cuba memaksa pengunjung untuk membeli barangan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Tukar di laman sosial, perkongsian oleh Ali Suhaili yang berdepan dengan kejadian menakutkan ketika berkunjung di sebuah pasar terkenal di Kota Kinabalu. Manakan tidak, dia didatangi seorang lelaki yang memaksanya membeli sebentuk jam tangan berharga RM200 dengan cara meletakkan jam tersebut di dalam poket bajunya.

Individu tersebut juga bertindak agresif apabila dia menolak untuk membeli. Enggan memanjangkan masalah, dia akur dengan harapan lelaki itu terus beredar meninggalkannya. Individu yang bertindak seperti ini sebenarnya boleh mencemarkan industri pelancongan tempatan.

Diharap kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan peringatan untuk semua, agar berhati-hati supaya kejadian sebegini dapat dielakkan. Semoga bermanfaat.

SERAM & MENAKUTKAN

Pasar ini memang menjadi tumpuan pengunjung yang datang melancung ke Sabah. Disini terdapat pelbagai jenis keropok dan makanan ringan yang sedap untuk dijadikan ole-ole kepada teman rakan serta keluarga.


Pun begitu disebalik keramahan penjual-penjualnya yang mudah membantu pengunjung yang datang membeli barangan mereka terdapat situasi atau suasana yang tidak menyenangkan dan kadangkala menakutkan.

Pengalaman menakutkan itu terjadi kepada saya sendiri semalam semasa sedang membeli keropok bersama rakan-rakan. Dalam kesibukan memilih keropok kami berpecah dan ketika itulah saya dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki meletakkan sebutir jam tangan ke dalam kocek baju saya. Dia terus menarik tangan saya dan membisik 'dua ratus' dengan muka serius.


Saya ambil jam itu dan beri balik kepada lelaki itu dengan baik dan mengatakan saya tiada duit. Ketika itu juga saya perhatikan terdapat seorang lagi lelaki sedang merenung saya tanpa berkelip dan memerhati gerak geri saya. Lelaki tadi terus mencuit bahu kanan saya dgn mulutnya terkumat kamit dan terus meminta RM200.00. Saya terus tolak tetapi kali ini dia terus letakkan tapak tangan di kocek baju saya dan meminta RM100.00.

Selepas melihat tindakan nya semakin agresif saya beri RM100.00 dan tiba-tiba dia minta tambah RM50.00... kalau tidak dia minta balik jam tangan. Akhirnya saya beri RM50.00 dan dia terus meninggalkan saya. Selepas itu dia datang lagi menawarkan cermin mata ..dan saya terus mengatakan TIDAK dengan suara yang tinggi. Lelaki itu terus menghilangkan diri.


Mungkin ada yang mengalami pengalaman yang sama seperti saya sebelum ini. Saya berkongsi pengalaman ini untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini agar berhati hati dan tidak bersendirian. Gangguan penjual 'haram' ini sering berlaku samada menjual jam, telefon atau tali pinggang. Gangguan lain ialah 'peminta sedekah' yang tiba-tiba menghulurkan tangan sewaktu kita sedang membayar barangan.

Tempat ini cantik dan memberi peluang peniaga tempatan kuih muih hasil mereka dan diharap 'gangguan' seperti itu dapat dikurangkan dengan menempatkan lebih ramai pihak berkuasa seperti PDRM (mobile unit) dan penguatkuasa bandaraya. Jika 'gangguan' seperti itu terus berleluasa tidak mustahil satu hari kelak pengunjung akan rasa takut untuk membeli ole-ole di situ.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [ Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games ]

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "