Berikut beberapa perkhabaran tersebar mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan ke Indonesia menggunakan pesawat peribadi dengan penerbangan awal pagi tadi.
Orang ramai juga dilihat memenuhi ruangan lapangan terbang dan cuba 'menghalang' penerbangan tersebut.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu, setakat ini tiada lagi sekatan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri serta isterinya itu.
Beliau juga ditanya tentang mengenai status perjalanan imigresen (SSPI) Najib dan Rosmah yang tertera "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat", Mustafar tidak mengulas hal tersebut. - Malaysiakini
Menurut Malaysiakini, dalam masa beberapa jam selepas mereka melaporkan mengenai semakannya mendapati Najib Razak dan Rosmah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen, status itu nampaknya telah bertukar.
Semakan terhadap Sistem Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen (SSPI) pada jam 9.18 pagi menggunakan nombor IC mereka menunjukkan perubahan status.
Ia kini memaparkan keputusan "Tiada halangan" dalam huruf hijau untuk kedua-duanya, bagi menunjukkan bahawa mereka tidak disenaraihitamkan.
Sumber: Malaysiakini
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCari agen judi online aman dan terpercaya?
BalasPadamDaftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877