Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kau Nak Kerajaan Tegakkan Syiar Islam, Tapi Kau Masih Buang Sampah Merata-rata", Lelaki Luah Rasa Kecewa Segelintir Masyarakat Belum Ubah Sikap

11 Mei 2018
Umum tahu, kemenangan PKR tahun ini untuk memimpin kerajaan Malaysia hasil sebulat suara daripada pemilihan rakyat.  Reformasi ini membuktikan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menaikkan atau menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Daripada situasi diatas,  gelombang tsunami rakyat ini membuatkan kerajaan selepas ini harus akur dan menghormati suara rakyat yang jelas mampu membawa perubahan besar kepada sesebuah kerajaan.  

Pun begitu, perkongsian daripada Khairul Abdullah melalui akaun Facebook miliknya wajar dijadikan titik pengukur bagi setiap rakyat Malaysia untuk tidak hanya lantang bersuara jika sikap tetap sama.  

Apa yang cuba disampaikan oleh pemuda ini membawa seribu maksud tersirat untuk setiap daripada kita yang menginginkan kerajaan bermoral dan berintegriti tetapi masih tidak mampu mengubah diri sendiri.

Bukan niatnya untuk menyalahkan sesiapa, tetapi beliau merasakan, perubahan itu harus bermula dengan diri kita dahulu.  Jika kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik sebagai pengundi dengan mengubah kerajaan, perjuangan kita seharusnya tidak terhenti disitu.  Laksanakan sedikit usaha untuk memajukan diri sendiri dengan membuang negativity.



Mari baca perkongsian penuh harapan daripada Khairul Abdullah ini semoga dijadikan panduan buat kita yang terlalu menyayangi tanah air, Malaysia dibawah tampuk baru pemerintahan Tun Mahathir ini.

Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan brim. Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam.

Kau bersungguh-sungguh nak kerajaan tegakkan syiar islam, tapi kau masih buang sampah merata-rata. Tandas kau masih lagi kotor ya robbi. Tandas kat masjid dan surau pulak tu. Kau langgar segala undang-undang yang kerajaan buat tanpa rasa bersalah dan berdosa pun. Habluminannas kau tak peduli langsung.

Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.


Kau harapkan kerajaan baru sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar bangla sahaja yang buat.

Ehhh macam-macam lagilah.

Kau kalau takat ubah kerajaan lepas tu harap hidup kau terus bahagia maka jangan kau mimpilah. Kalau kau malas, maka hidup kau tetap sama.

Kalau kau jenis pengotor, baling sampah ikut tingkap kereta, ikut tingkap rumah maka persekitaran kau juga masih akan tetap kotor. Sampaikan orang luar tanya kenapa negara islam ni kotor-kotor belaka. Nak tegakkan syiar islam konon.

Kalau kau jenis tak reti bagi signal, tak reti tunggu lampu hijau dan tak reti guna seatbelt dan suka main phone ketika memandu, kadar kematian atas jalanraya yang berjumlah sekitar 7,000 orang setahun tu akan tetap tak berubah juga.

Kalau kau jenis yang tak reti guna lane yang betul untuk pandu perlahan atau laju, maka kalau kerajaan buat lebuhraya 12 lorong pun masih tetap akan jem sampai kiamat.

Kalau kau yang jenis berjanji pukul 8 datang 8.30 dan tak pernah hormati masa, jangan ada hati nak maju macam orang lain.

Apa gunanya kerajaan baru kalau hidup dan perangai kau masih tetap sama.

Jadi, kau ubahlah.

Buanglah mentaliti dunia ketiga atau mentaliti jamban tu dengan mentaliti kelas pertama.

Inilah masa yang sesuai.

Malaysia sekarang ini adalah untuk mereka yang mahu berubah.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "