Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berita Sultan Brunei Sumbang USD 1 Bilion Untuk Pulih Ekonomi Malaysia Adalah Palsu

15 Mei 2018

Berikutan kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk berjumpa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pagi semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana telah menimbulkan khabar angin yang mengatakan bahawa tujuan pertemuan kedua pemimpian tersohor dunia itu adalah kerana Sultan Brunei ingin menyumbang sejumlah wang bernilai USD 1 billion kepada Tun Mahathir tanpa perlu membayar balik.

Khabar itu dilihat telah tersebar melalui akaun Facebook Mukhriz Mahathir FC dan rata-rata netizen telah berkongsi berita itu di akaun masing-masing serta ada juga yang menyuarakan rasa syukur dengan perkhabaran tersebut.

Pun begitu, baru sebentar tadi akaun Facebook Mukhriz Mahathir FC telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa cerita mengenai sumbangan yang digembar-gemburkan awal pagi tadi adalah tidak benar sama sekali dan mereka telah pun memohon maaf atas tindakan tersebut.


Perkara ini juga telah disahkan oleh seorang jurucakap Jabatan Perdana Menteri.

Siakapkeli.my

Sumber: Mukhriz Mahathir FC, Kelab Che Det
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "